Monday, 20 June 2011

Ditindih Semasa Tidur: Mistik atau Sains?

Siapa yang pernah rasa ditindih ketika tidur? Masa tidur korang rasa tak boleh bergerak and rasa mcam ada benda tindih kan? Fenomena ni bukan korang je yang rasa, sebab fenomena ni dialami oleh hampir semua manusia dan fenomena ni dikenali sebagai Sleep Paralysis ataupun lumpuh ketika tidur. Istilah ditindih ni digunakan sebab mangsa tak boleh nak gerakkan anggota badan, hujung jari dan dada terasa berat. Perkara ini berlaku dalam keadaan pesakit separuh sedar di mana kita boleh sedar benda disekeliling kita tapi kita masih 'tidur'. 




Secara fakta, mangsa akan merasa seperti sesak nafas seperti dicekik, sesak di dada, badan sukar bergerak dan sukar untuk mengeluarkan suara sama ada bercakap atau menjerit. Fenomena ini hampir berlaku di setiap orang sekurang-kurangnya sekali atau dua kali dalam hidupnya.

Sleep paralysis boleh terjadi kepada siapa saja, lelaki atau perempuan and bapok pun boleh..hehe..dan usia rata-rata orang pertama kali mengalami gangguan tidur ini adalah dalam lingkungan 14-17 tahun. Sleep paralysis atau tindihan ini memang boleh berlaku dalam beberapa minit. Apa yang menarik, saat perkara ini terjadi kita sering mengalami halusinasi, sama ada dalam bentuk auditory (dengar bunyi2 yang pelik), visual (nampak lembaga atau bayangan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap). Oleh sebab itu, fenomena ini sering dikaitkan dengan hal mistik seperti makhluk halus dan hantu. Halusinasi berlaku apabila otak kita masih berfungsi sebab kita cuma separa sedar je masa tu, tapi ini cuma teori asas je..dan sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji lebih mendalam bagaimana halusinasi itu boleh wujud disaat kita kena tindih tu.. misterikan? Mungkin ia berkaitan dengan syaitan atau mungkin juga betul-betul halusinasi.

Halusinasi


Sebab berlakunya Sleep Paralysis
  • Paralysis ni selalu berlaku bila time nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis)Secara sainsnya, Masalah ini sememangnya disebabkan badan kita 'lumpuh' semasa tidur dan bukan disebabkan oleh makhluk halus. Melalui apa yang aku baca, hal ini kerana apabila seseorang itu hendak tidur dan mula terlelap, otak akan menutup fungsi motor dalam usaha untuk mengelakkan individu bertindak sesuatu ketika mereka sedang bermimpi. Ini bukanlah satu mekanisme yang merepek sebab korang pernah tak dengar orang yang sering menendang, memukul, dan juga berjalan semasa tidur? Pernah kan? Itu la fungsi motor ditutup. (bukan motosikal ok..) 
  • Selain tu, dipendekkan cerita, adalah normal badan manusia bila tidur akan masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement) atau senang cakap waktu nyenyak ni, biji mata kita bergerak-gerak. Then otak akan bagitau badan kita suruh rehat. So, badan kita dianggap macam switch off kejap dan ini dikenali sebagai REM atonia (kita tak rasa badan kita atau tak ada deria otot). Selain tu, otak manusia pun ada switch off button dipanggil reticular activating system (RAS), bila otak dah switch off badan, otak pun akan auto switch off RAS ni, jadi yang tinggal cuma automatic function (degupan jantung, bernafas dll.) sahaja yang on.

    So, apabila kita bangun, RAS pun di switched on balik dan kita sedar dalam keadaan sepenuhnya pada masa tu. Tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak untuk switch on balik badan kita, maka masa tu la badan kita lumpuh seketika sebelum otak activate balik. Namun, paralysis tu tak semestinya sepenuhnya, sebab ada juga cuma lumpuh sebahagian badan je sebab tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tapi badan lain masih lumpuh. 
  • Perlu diketahui juga, fenomena ini terjadi pada orang yang tidur dalam posisi telentang yang lama (wajah menghadap ke atas dan hampir nyenyak atau dalam keadaan hampir terjaga dari tidur). Itu sebabnya, kita perlu sering mengubah posisi tidur untuk mengurangi risiko terserang gangguan tidur ini.
  • Faktor2 lain juga termasuklah kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu (aku la ni..), stress yang melampau, pengambilan alkohol dan juga perubahan sekeliling yang mendadak.

Langkah mengatasi Sleep Paralysis
  • Bersenam dengan kerap (tapi bukan time dah nak tidur baru nak bersenam..)
  • Kurangkan stress
  • Tidur dengan cukup
  • Dapatkan jadual tidur yang tetap

Mitos Sleep Paralysis di Pelbagai Negara


  • Di budaya Afro-Amerika, gangguan tidur ini disebut 'the devil riding your back' hantu atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.

  • Di budaya China, disebut 'gui ya shen' ataupun dikenali sbg gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.
  • Di budaya Mexico, disebut 'se me subio el muerto' dan dipercayai sebagai kejadian adanya roh orang meninggal yang melekat pada seseorang.
  • Di budaya Kemboja, Laos dan Thailand, disebut 'pee umm', merujuk pada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegang atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.
  • Di budaya Icelandia, disebut 'mara'. Ini adalah perkataan kuno bahasa Iceland bermaksud hantu yang menduduki dada seseorang di malam hari, berusaha membuat orang itu sesak nafas dan mati lemas.
  • Di budaya Turki, disebut 'karabasan', dipercayai sebagai makhluk yang menyerang orang di ketika tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.
  • Di budaya Jepun, disebut 'kanashibari', yang bermaksud mengikat sehingga diertikan seseorang itu diikat oleh makhluk halus.
  • Di budaya Vietnam, disebut 'ma de' yang artinya dikuasai syaitan. Banyak penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuki tubuh seseorang.
  • Di budaya Hungary, disebut 'lidercnyomas' dan dikaitkan dengan perkataan supernatural boszorkany (ahli sihir). Perkataan 'boszorkany' sendiri bermaksud menekan, sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang di saat tidur.
  • Di budaya Malta, gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela (isteri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuki orang tersebut. Untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang harus meletak benda dari perak atau sebuah pisau di bawah bantal ketika tidur.
  • Di budaya New Guinea, fenomena ini disebut 'Suk Ninmyo' ataupun pohon keramat yang hidup dari roh manusia. Pohon keramat ini akan memakan roh manusia di malam hari agar tidak menggangu manusia di siang hari. Namun, seringkali mangsa yang rohnya sedang dimakan oleh pohon ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis.

Apa pun teori pasal perkara ni, dan walaupun fakta sains itu mungkin betul dari segi logik..aku nak cakap yang kita masih tidak boleh menolak kewujudan makhluk halus yang sememangnya dinyatakan di dalam al-Quran. Golongan jin kafir yang selalu menakut-nakutkan manusia sememangnya wujud dan kita digalakkan untuk mengamalkan membaca surah as-Saffat (ayat 7) dan juga ayat al-Kursi dan surah 3 Qul untuk menghindarkan diri dari gangguan jin dan syaitan terutama sekali sebelum kita tidur.


*aku pernah rasa Sleep Paralysis ni..tu pun sebab aku tidur lambat, tak sampai beberapa minit tidur je terus kena..last sekali aku kena masa umur 15 tahun.. 




21 comments:

Sir Nash said...

wah, terbaik lah. entry yg panjang & banyk informasi. hehe.

ummiarissa said...

lama cari ilmu ni...saya waktu muda remaja pernah rasa ditindih,berat je rasanya,nak menjerit tak boleh..hanya baca ayat2 al-Quran je....fungsi motor ditutuplah ni kan...ngeri tau...

Nzyrahun said...

alhamdulillah,aku xpernah kena lagi benda ni huhu

Realiti Imaginasi Untuk Inspirasi said...

wah!aku time kat hostel skola dulu byk kali kne..lebey 2 or 3 kali.huhu
mmg dramatik waktu tu

::contengan hati::)) said...

pernah time mase belajar dulu tapi sekali je lah wee

zmah said...

Baca ayat suci al-quran sebelum tidur...

Qimayra Mohammad said...

wahhh . akuh pnah gak kena benda ni dlm situasi tacticle . time tu hbs je training bolasepakk blk rumah trus tdo , then kena tindih .. badan berat sgt . kebetulan sebelah ada adik aku tdo sebelah akuh . aku nak triak mnta tolong ngan adk akuh tp mulut xble bukak , akuh nak kejutkan adik akuh tp tgn akuh xble gerak (mcm dah lumpuh) . perghh ! mmg seram la masa tu ..

M.Z's Site said...

@Qimayra Mohammad: kan? memang nak klaur suara mmg x boleh..kita paksa pun tak boleh jgk..ish..

Kebahagiaan Hidupku said...

bley jadi gangguan jin kan...masa kene, memang terjadinya halusinasi yg menakutkan...dan kita masih sedar masa tu, keluarkan suara, tpi x terkeluar...dah banyak kali kene...memang tido x cukup pun sejak kebelakangan ni...

wa-Allahu a'lam

Naz Zyha said...

banyak kali kena..tak terkira..bulan ramadhan pun biasa..syaitan tak ada masa tu.

khaerul lorenzo said...

aku xbleh nak cite saat mase aku kene sbb dah byk kali aku kene smpai la skrg..mule2 takut tp skrg tiap kali kene aku jd bengang..klu btl ade hantu aku dah tumbuk muke die..bkn ckp besar tp aku btl2 jd bengang..kdg2 dlm 1 mlm 4-5kali boleh kene..kdg2 2 2-3bln x kene lgsung..kdg2 straight 2mggu aku kene..xtentu..sape x bengang?? bnda berlarutan smpai skrg..-terasa gampang

Naz Zyha said...

bengang ar..kena kuat bila kena cam ni..kalau rasa boleh gerak jari..cuba genggam..doa2 of coz kena baca kan...bila dah sedar sikit cepat2 bangun..kalau tidur jugak melarat la jawabnya..setan pun amek kesempatan time ni kot ? huhu ;p

dolberambus said...

hehehe.. itu betul gangguan jin.
memang ada cara nak lawan, tapi aku taknak beritahu.

sebab, orang melayu, kalau kita cerita benda yang berkaitan jin, didepan kita dia dengar, dibelakang kita dia akan kutuk kita dekat kawan-kawan.

selagi tak kena dekat batang hidung sendiri, orang melayu akan kutuk orang yang cerita benda pelik2 ni. walaupun depan kita dia kata dia percaya, tapi di belakang dia tetap mengejek. itulah sikap orang melayu.

jika anda mengalami perkara pelik, jangan diceritakan kepada kenalan atau adik beradik sendiri, sekiranya dia orang melayu. kerana anda akan dikatakan kuat berangan-angan dan menjadi bahan ejekan. ceritalah hanya kepada ibu dan bapa sahaja kerana hanya mereka yang memahami anda.

Anonymous said...

Penah kena tindih masa bulan puasa.. nk kata iblis dan jin, mereka semua kena ikat? Suggestion?

Ed Yana said...

maaf yer, tp mcm mna pula dgn kes sye ni boleh di katakan hari2 kena tindih tp surau tmpt kje je, kt rumah xlgsg...tdo sat je dh kne tindih, mcm2 la halusinasi yg dok npk..kene heret2la mcm2...nk tido pon takut tp mgantok sgt tu p jgk tu

julina seah said...

Sama mcm aku juga..hampir kena hari2 dlm se malam ja bukan sekali kena 4-5kali pun ada.asal nk tidur kena tindih pastu ok balik dan datang balik mcm tu la aku.tengah enak tido tetiba terjaga tgh mlm sebab benda ni tpi takde la dgr bunyi2 pelik .mcm bila stress benda ni lebih kerap berlaku la

julina seah said...

Sama mcm situasi aku la hehe dlm satu mlm bkn sekali kena je tapi berkali2..boleh jd setiap hari dan kadang lebih sebulan takde aku dh jdi biasa dgn situasi yg berlaku tpi aku betul2 tidak menyukainya

Anonymous said...

Tak semua syaitan kena ikat pd bulan Ramadhan. Ada kejadian 1hb Ramadhan dah kena histeria.

Anonymous said...

Kerja syaitan. Kdg2 kita ni terlupa nk baca ayat kursi/3qul sbelum tidur. Masa tu lah syaitan ambil kesempatan. Masa rasa ditindih tu, cuma jgn lupa minta tolong dgn Allah. Ingat Allah sentiasa. Setiap sesuatu kejadian dtgnya dgn keizinan Allah swt. Semoga kita dilindungi dr kejahatan syaitan dan manusia..

Cryoatic said...

Maaf la abang tapi saya kene ni baru tahun lepas semasa saya berumur 11 tahun kali kedua kena pun tahun yang sama.

Kakikata said...

Aku acap kali sebab aku ni pekerja keras. So rehat dan tidur jarang sekali dapat dirasakan time cuti pun bekerja :)

Post a Comment