Saturday 25 June 2011

10 Tradisi Paling Berbahaya di Dunia

Tradisi (Latin: traditio) di dalam maksud yang mudah ialah sesuatu yang telah dilakukan untuk jangka masa yang panjang dan menjadi sebahagian daripada kehidupan sekumpulan manusia, lazimnya dari negara, budaya, masa, atau dari agama. Perkara yang paling utama mengenai tradisi ialah infromasi yang dipindahkan dari generasi ke generasi, sama ada secara bertulis ataupun lisan, kalau tidak kerana kedua-duanya tradisi itu mungkin pupus. Di dalam beberapa bahagian di dunia, sesuatu tradisi itu berbahaya secara fizikal dan kadangkala juga boleh membawa maut, tersebut merupakan senarai tradisi yang berbahaya di dalam era moden kini.


10. New Years Dive: Siberia, Rusia


Para penyelam Rusia melakukan tradisi ini di dalam tasik, yang mana mencapai kedalaman 5390 kaki (1642.9 m) dengan membawa beberapa batang pokok dan kemudian menanam pokok di dalam tasik tersebut. Ia kelihatan tidak berbahaya, tetapi tasik tersebut dianggap sebagai tasik yang paling dalam di dunia dan ia berada di bawah ais. Untuk melakukan tradisi ni, dorang perlu memotong permukaan ais di dalam suasana yang sangat sejuk. Namun, tradisi ni telah ditamatkan semenjak tahun 1982.




9. Polar Bear Plunge: Maryland, USA

Tradisi yang dilakukan ketika musim sejuk di kebanyakan negara banyak melibatkan peserta untuk menerjun ke dalam air yang sangat sejuk. Di Maryland, tradisi ini diadakan di Taman Negeri Sandy Point. Setiap peserta sebenarnya perlu menandatangani sebuah dokumen yang mengandungi kenyataan “ini merupakan lompatan yang paling berbahaya, yang boleh mengakibatkan kecederaan yang serius, seperti lumpuh, hypothermia, dan juga maut". Tetapi masih ada beberapa orang yang berani untuk melakukan tradisi lompatan ini. Gila kan?



8. Firework Battle: Chios, Greece

Tradisi yang pelik ini bemula semenjak tahun 1889 dan berlaku di Greece. Dikatakan berpunca dari kepadatan orang yang bersembahyang di dalam gereja, dan mereka membakar mercun untuk mengurangkan kepadatan tersebut. Kemudian dorang mula membakar bunga api yang mana menjadikan gereja sebagai sasaran (ada fakta lain cakap loceng gereja sebagai sasaran), dan dorang mula berperang sesama jemaah antara gereja dengan gereja yang lain. Apa kebenda la..macam tu pun boleh..tapi maybe untuk enjoy je kot..



7. Baby Dropping Ritual: Solapur, India

Penduduk Islam di India Barat, kat Solapur sebenarnya, mengamalkan tradisi dengan menjatuhkan bayi dorang dari atas menara yang setinggi 15 meter. Ritual ini telah dilakukan semenjak 500 tahun dahulu lagi, dengan tujuan untuk menjadikan bayi dorang semua membesar dengan sihat dan kuat. Ish..ada jugak tradisi macam ni..




wtf!!

6. Cooper’s Hill Cheese-Rolling: Gloucester, England

Festival ini diadakan setiap bulan Mei kat Bukit Cooper, Gloucestershire di England. Festival ini juga melibatkan keju yang digulingkan ke bawah cerun yang curam, dan kemudian beratus-ratus orang mula berjalan ke bawah melaui cerun bukit untuk menangkap keju tadi. Festival ini sangat berbahaya kerana peserta akan tergolek dengan laju dan boleh mengakibatkan kecederaan yang serius seperti patah tulang dan sebagainya. 


ha..kan dah injured..

5. Onbashira: Tokyo, Jepun

Obashira bermaksud “tiang penghormatan” . Tradisi ini dilakukan sekali dalam 6 tahun. Tradisi ini juga dilakukan dengan menunggang batang pokok menuju ke bawah bukit.


4. Goat Tossing Festival: Sepanyol

Sepanyol mempunyai banyak festival yang pelik seperti festival melambung kambing. Setiap tahun pada hari ahad yang keempat di dalam bulan Januari, penduduk tempatan dari bandar yang kecil yang bernama Manganeses de la Polvorosa akan berhimpun untuk festival ini dengan penghormatan St. Vincent de Paul, iaitu dorang punya ketua paderi. Festival ini telah bermula semenjak dulu lagi dan tiada siapa yang tahu tarikh sebenar festival ini mula diperkenalkan. Festival ini dikatakan berasal dari kisah kanak-kanak lelaki yang menjumpai seekor kambing di dalam kampung, kambing tersebut diikat, dan kemudian dinaikkan ke atas tiang loceng gereja. Kemudiannya dia menjatuhkan kambing tersebut dari ketinggian lebih dari 50 kaki yang mana kambing tersebut dengan harapan ditangkap oleh orang kampung yang memegang cadar hamparan di bawah. Namun, pegawai kampung telah mengharamkan festival ini tetapi ia masih diamalkan. Agensi kemanusiaan juga telah membuat aduan mengenai festival ini, tetapi tradisi ini masih juga dijalankan.


3. Yanshui Beehive Rockets Festival: Yanshui, Taiwan

Tradisi ni diadakan 15 hari selepas cuti Tahun Baru Lunar Cina dengan melepaskan bunga api ke udara, tetapi dengan tujuan mensasarkan bunga api tersebut ke arah orang ramai.


2. Running of the bulls: Pamplona, Sepanyol

Tradisi ini sangat terkenal di dunia, tetapi juga sangat berbahaya. Festival ini diadakan untuk memberi penghormatan kepada penaung paderi bandar tersebut. Di dalam festival ini, orang ramai akan berlari dengan beratus-ratus ekor lembu. Beberapa kes kematian telah dilaporkan di mana kebanyakan mangsa dipijak oleh orang ramai ataupun oleh lembu-lembu itu.


jarak larian

1. College Hazing: Bandung, Indonesia

Fakta serata dunia mengatakan 49% pelajar baru akan menghadapi 'college hazing', kira macam raging la ni.. Tetapi 'college hazing' yang dilakukan di Bandung, Indonesia merupakan 'college hazing' yang paling kejam diamalkan. Walaupun ia telah dihalang oleh pihak kolej, tetapi ia masih berlaku. Banyak protes telah diadakan untuk menutup kolej yang setiap tahun berlaku aktiviti ini. Kekejaman ini berlaku dalam bentuk  menumbuk dan sepak di dada dengan alasan merupakan salah satu latihan di dalam kolej dan sememangnya menjadi satu tradisi yang berbahaya di kolej. 


*aku pun tak faham kenapa nak amalkan tradisi yang berbahaya ni..kalau nak satu keseronokkan, banyak lagi cara boleh kita lakukan..betul tak?



2 comments:

Nazyrah said...

yg dekat india tu paling gile

M.Z's Site said...

@Nzyrahun: memang pun..kesian budak-budak yg kena tu..

Post a Comment