Wednesday 22 June 2011

9 Manusia yang Mempunyai Kelebihan Luar Biasa: 2 Rakyat Malaysia Tersenarai!

Seperti yang kita tahu memang banyak cerita superhero-superhero seperti Spiderman atau Superman, so dari situ kita didedahkan dengan manusia dengan kebolehan luar biasa tetapi tu just dari segi fiksyen. Tetapi tanpa kita sangka sebenarnya orang dengan kebolehan luar biasa ni memang wujud dalam kehidupan sebenar; kat sini adalah senarai 9 orang yang paling menakjubkan.
1. Danial Timmet: Otak yang menakjubkan





  • Daniel Paul Tammet merupakan orang Inggeris yang berbakat dengan kemampuan yang luar biasa pada perhitungan matematik, memori yang tersusun, dan pembelajaran bahasa dengan cepat
  • Beliau dilahirkan dengan bawaan epilepsi (Epilepsi adalah gangguan yang melibatkan otak yang berulang, sawan spontan dalam apa-apa jenis)
  • Menurut beliau, setiap angka hingga 10.000 masing-masing memiliki 'rasa dan bentuk' yang unik, sehingga ia dapat 'merasakan' apakah suatu angka tersebut termasuk angka yang utama ataupun campuran. Sebagai contoh, beliau mengatakan bahawa angka 289 adalah angka yang 'hodoh', angka 333 itu menarik, dan Pi (π  = 3.14159) itu indah.
  • Tammet memegang rekod Eropah sebagai orang yang 'memproses' dan menghitung nilai Pi ke angka 22,514 hanya dalam masa lima jam
  • Beliau juga mampu berbicara dalam pelbagai bahasa, termasuk Inggeris, Perancis, Finland, Jerman, Sepanyol, Lithuania, Romania, Estonia, Wales, dan Esperento. Khususnya, dia menyukai Bahasa Estonia kerana bahasa tersebut kaya dengan huruf.
  • Tammet juga mewujudkan bahasa baru yang dipanggil Manti. (ni lagi hebat!)
  • Selain itu, Tammet mampu mempelajari bahasa baru dengan begitu cepat. Sebagai bukti, untuk membuktikan hal ini kepada sebuah rancangan dokumentari Channel 5, Tammet dicabar untuk belajar Iceland dalam satu minggu. Tujuh hari kemudian, dia muncul di kaca TV talkshow di Iceland, dan hasilnya pengajar bahasa Iceland beliau berkata Timmet itu 'bukan manusia'.

*kalau hebat apa salahnya belajar Bahasa Melayu..kan? hehe..



2. Ben Underwood: Penglihatan Sonar 



  • Ben Underwood merupakan seorang yang cacat penglihatan, kedua-dua matanya telah rosak kerana kanser ketika beliau berusia 3 tahun
  • Namun, Ben masih mampu bermain bola keranjang, menunggang basikal, dan menjalani kehidupan yang normal seperti biasanya. Hal ini kerana Ben melatih dirinya untuk menggunakan gelombang sonar untuk bernavigasi dengan sekeliling.
  • Tanpa bantuan daripada anjing panduan (seperti yang golongan buta gunakan), Ben juga langsung tak gunakan tangan untuk meraba benda, tapi beliau menggunakan bunyi
  • Ben menghasilkan bunyi 'klik' yang kemudian bunyi itu memantul pada suatu benda dan pantulan bunyi itu kembali pada dirinya. Ben merupakan satu-satunya manusia di dunia yang melihat menggunakan suara sonar seperti ikan lumba-lumba, kapal selam, dan kelawar. Menakjubkan budak ni?



3. Daniel Browning Smith: Manusia elastik 


  • Daniel Browning Smith merupakan pemegang rekod Guinness sebanyak lima kali.
  • The Rubberboy (manusia elastik) ini mampu melakukan gerakan-gerakan yang sukar untuk dilakukan oleh manusia biasa, seolah-olah beliau tidak memiliki tulang di dalam badannya.
  • Daniel telah banyak kali tampil dalam rancangan TV seperti The Tonight Show with Jay Leno, ESPN's Sports Center, Oprah Winfrey, Ripley's Believe It or NOt, Cirque du Soleil, Best Damn Sports Show Period, The Discovery Channel, Men in Black 2, HBO's Carnivale, American Got Talent dan CSI: NY. Famous jugak kan?
  • Kalau korang pernah nampak dalam TV, Daniel mampu memasukkan badannya dari kaki sampai kepala hanya melalui raket tenis! Beliau juga mampu melakukan gerakan-gerakan yang aneh dan senaman badan yang unik.



4. Michel Lotito: Manusia yang memakan segalanya


  • Michel Lotito atau dikenali sebagai Mister Eat it All terkenal dengan keanehannya, iaitu mampu memakan benda-benda yang asing untuk dimakan. Lotito mampu memakan logam, kaca, getah, dan sebagainya.
  • Bahkan ia juga mampu memakan barang-barang seperti basikal, TV dan juga sebuah pesawat Cessna 150 dan juga benda-benda kecil yang dipotong dan kemudian ditelan. Bagi hal makan pesawat Cessna tu, Michel memerlukan waktu sekitar 2 tahun untuk memakan sebuah Cessna 150, dari 1978 sehingga 1980. 
  • Michel mula makan benda-benda ni semenjak kecil dan telah beraksi kepada umum semenjak tahun 1966Lotito tidak selalu mengalami sakit akibat daripada dietnya walaupun bahan-bahan yang dimakannya biasanya dianggap beracun.
  • Apabila Michel beraksi dengan tabiat peliknya, beliau telah menggunakan kira-kira satu kilogram bahan harian, sebelum tu beliau menggunakan minyak mineral dan minum sejumlah besar air semasa menikmati 'juadah' tu.
  • Beliau nampaknya memiliki perut dan usus dengan dinding yang mempunyai dua kali ketebalan seperti yang dijangka. Manakala asid pencernaan beliau boleh dikatakan luar biasa kuat dan membenarkan beliau untuk menghadam bahagian tertentu apabila makan logam dan sebagainya.


5. Ratakrishnan Velu: Gigi paling kuat



  • Pada tanggal 30 Ogos 2007, sehari sebelum Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50, Rathakrishnan Velu (atau dikenali sebagai Raja Gigi) memecahkan rekod dunia yang dicipta oleh dirinya sendiri sebelum ini dengan menarik kereta api dengan gigi. 
  • Kereta api tersebut pada ketika itu  mempunyai 6 gerabak, berat 297.1 tan, dan sejauh 2.8 meter di Stesen KTM kat Kuala Lumpur
  • Sebelum itu, Raja Gigi yang berasal dari Tampin ini pernah belajar teknik memperkuat salah satu bahagian tubuhnya dari seorang guru di India pada usia 14 tahun.

6. Liew Thow Lim: Manusia bermagnet



  • Liew Thow Lin,70, seorang pesara kontraktor di Malaysia, akhir-akhir ini menjadi perhatian berita kerana menarik sebuah kereta pada jarak 20 meter melalui rantai besi yang dicangkuk pada plat besi yang melekat dibadannya.
  • Liew mengatakan bahawa beliau memiliki kemampuan untuk membuat sebuah benda melekat secara magnetik ke kulitnya. Cerita bermula ketika beliau membaca artikel tentang sebuah keluarga di Taiwan yang taksub dengan kuasa dan mungkin disebabkan geram beliau mengambil beberapa besi dan diletakkan di perutnya dan Liew terkejut kerana semua benda melekat pada kulitnya dan tidak terjatuh. 
  • Keanehan ini juga dimiliki 3 anaknya dan 2 cucunya. Ternyata keanehan ini turun temurun. (jangan jadi keluarga Magneto sudah..hehe)

7. Thai Ngoc: Manusia yang tidak tidur


  • Thai Ngoc, atau dikenali sebagai Hai Ngoc, mengatakan dia tak dapat tidur di malam hari setelah menderita demam pada tahun 1973, dan telah lebih dari 11,700 malam dia lalui tanpa tidur.
  • Tetapi yang menakjubkan, Ngoc tetap sihat dan boleh melakukan aktiviti hariannya seperti orang lain dan bertani. Pada saat ini beliau mengurus 5 hektar tanah di kaki gunung, dan sibuk dengan pertanian dan menternak babi dan ayam setiap hari. 
  • Pada setiap malam dia selalu bertani dan menjaga kebunnya dari dimasuki pencuri, di samping itu dia juga pernah menggunakan malam sleepless dia tu untuk menggali dua lubang kolam besar untuk menternak ikan.

8. Tim Cridland: Manusia tanpa rasa sakit



  • Tim Cridland sememangnya tidak mempunyai rasa sakit seperti manusia normal. Tim pernah mengagumkan semua orang dengan memasukkan jarum besar ke dalam lengannya tanpa sakit. 
  • Kajian saintifik menunjukkan bahwa Tim dapat menolak lebih banyak rasa sakit daripada manusia biasa. Dia juga mampu menolak jarum besar menembusi tubuhnya tanpa luka. 
  • Namun, untuk melakukannya secara selamat, dia juga mempelajari anatomi manusia, kerana jika dia menusuk saluran arteri akibatnya mungkin teruk. Rasa sakit itu daripada kulit, namun saluran darah yang utama tetap perlu dijaga walaupun tak ada rase sakit.


9. Kevin Richardson: Manusia bernaluri singa



  • Peneliti tingkah laku binatang, Kevin Richardson, mengatakan beliau bergantung kepada naluri untuk memenangi hati dan membentuk ikatan yang intim dengan singa. Pakai naluri je kan? Tapi macam mana? 
  • Ia dapat menghabiskan masa semalaman dengan singa-singa tanpa merasa takut  sedikit pun akan risiko diserang. 
  • Nalurinya tidak hanya berkesan pada singa, tapi juga pada binatang lain seperti Cheetah, Harimau Bintang dan Hyena dan mereka juga tak memberi ancaman kepada Kevin ni. 
  • Singa adalah binatang kegemarannya. Perbuatannya ini adalah berbahaya, tapi Kevin sangat senang melakukannya. Jeles la, aku pun teringin nak main dengan singa..haha



Kalau korang tengok video ni korang akan rasa yang singa ni 
comel macam kucing and rasa nak bela singa :)


*setiap orang aada kelebihan masing-masing..ada yang memang berlaku sendiri..ada yang kena berlatih untuk mendapatkan kelebihan tu..tapi bila dah ada kelebihan tu janganla disalahguna pulak ok..



5 comments:

Hazwan said...

perghh...yg sonar tu yang paling hebat

Untuk Bacaan Lelaki Yang Dah Bersunat Sahaja



..

Nazyrah said...

aku tahu yg ben tu je huhu

M.Z's Site said...

Ben 10? hehe :D

Mohamad Faiz said...

serius aku kagum dgn mamat singa n sonar tu.. Subhanallah!!

http://mohdfaiz.co.cc/aku-seorang-blogger-hebat

Anonymous said...

huuuuu.. this is best broooo.. ^^

Post a Comment