Monday, 13 June 2011

Ilmu di dalam air

Ilmu di dalam air? ape benda tu? maksud aku..belajar berenang la..itulah yg aku tanamkan dalam kepala aku dari dulu..sebab ilmu tu bagi aku sangat berguna..dulu time zaman kanak-kanak memang teringin gila nak belajar berenang..selalu mandi laut ke, mandi air terjun ke..or swimming pool, aku just boleh mandi kat paras leher je..tu pun takut2..

Paling kelakar bila ade ramai orang, then aku buat2 terer berenang..tahu tak macam mana? tangan kayuh macam orang berenang, then kaki pulak jejak dasar and jalan macam biasa..looser kot time tu..dapat bayangkan tak? :D

Then satu hari, time tu tahun 2001, time sekolah rendah lagi..ibu cakap ayah aku nak hantar aku dengan adik lelaki aku belajar berenang sebab time tu ayah aku masih lagi berkhidmat dalam TLDM and tinggal dalam kem PULAREK (stand for Pusat Latihan Rekrut) TLDM Tg. Pengelih, Kota Tinggi. So dalam kem navy tu ade kompleks renang dan ade kelas berenang untuk anak2 anggota TLDM ni..mula2 aku tak nak sebab tak berminat (bodoh sombong pulak kan?). Then lepas ibu pujuk baru aku setuju. Murah je yuran dia..RM50 untuk sampai pandai..murah kan? kalau tempat private mesti mahal paling kurang ikut bulanan, mungkin sebulan RM100 lebih..

Lepas tu bermulalah kisah pertapaan di kolam renang..ok, baru aku tahu nak belajar berenang ni takde la susah mana..tapi kena banyak bersabar and jangan panik..selagi anda ikut apa yg diajar, anda tak akan lemas melainkan anda degil tak nak dengar cakap. Ok ni aku nak share step by step ilmu di dalam air ni..tp just basic je la..kalau nak belajar pelbagai gaya, kuak lentang, kuak dada tu semua aku nak terangkan pun susah..ok jom belajar basic dulu..


1) Warm-up, sangat penting!!, jika tidak, anda boleh mengalami kekejangan otot..kekejangan otot adalah salah satu faktor kejadian mati lemas!! 
2) Belajar bernafas,
Masuk ke dalam air, pastikan bahawa paras air tidak terlalu dalam untuk anda. Pegang pada sisi kolam renang, dan diawasi oleh seseorang yang anda percaya, tarik nafas dalam2..biarkan kepala anda masuk dalam air, then hembus nafas dalam air slow2 melalui hidung..tengok gambar bawah ni,  nampakkan dia hembus melalui hidung? see?


Sebab apa melalui hidung? sebab kalau melalui mulut, nanti mulut kita terbuka then air akan masuk..dan akan membuat kita tertelan air dan kita mungkin akan tersedak..faham tak?*mula2 memang susah..sebab nanti anda akan tersekat2 untuk hembus nafas melalui hidung masa dalam air..so kena berlatih sampai mahir dan lancar.
3) Belajar berkayuh 1Err..barkayuh ke? haha..entahla..macam pelik pulak istilah berkayuh ni..lantak la. Ok, turun ke sisi kolam renang dan biarkan kaki anda terapung di belakang anda, tapi pegang elok2 tepi kolam renang tu. Contoh boleh tengok gambar kat bawah ni. Pastikan kaki anda diangkat setinggi yang boleh supaya badan anda betul2 melintang sama dengan permukaan air, amalkan benda ni sampai dah pandai berenang sebab anda akan berenang dengan lebih lancar. Then, mulai menggerakkan kaki anda seperti orang berenang dan merasakan bagaimana hal itu dilakukan


Anda harus ingat untuk mengayuh mestilah dengan otot paha anda, tanpa membengkokkan lutut anda. Pastikan bahawa jari-jari anda seperti menunjuk, seperti balerina atau senang cakap, luruskan jari kaki tu. Apabila anda selesai, berhenti mengayuh dan teruskan kelangkah # 4.
4) Belajar berkayuh 2Ok, step ni lebih advanced dari step 3, di mana anda akan belajar berkayuh tetapi secara bebas..maksudnya anda akan bebas bergerak di kolam renang (kat level yg paling cetek dulu ok) tapi, anda perlu menggunakan satu alat yang aku sendiri dah lupa nama dia (maklumla..last sekali aku pegang benda tu masa tahun 2002) tapi aku panggil dia papan la..senang sikit..benda tu ringan and lembut je..anda kena pegang benda tu, then benda tu akan terapungkan badan anda..(macam dalam picture bawah ni) dan kemudian berkayuh la menggunakan kaki  dan anda akan maju ke hadapan. Pastikan kaki diangkat sama paras dengan badan anda. Pastikan ada orang yang boleh awasi anda. Kalau ada apa2 terjadi senang kan.


Ok sampai step 4 je untuk basic berenang ni. Sebab dari situ kalau dah terer anda dah boleh berenang..tapi gaya basic je la macam gaya bebas dengan gaya katak (breaststroke). Kalau dah expert, macam2 gaya boleh buat seperti gaya kupu-kupu, backstroke dan sebagainya. Malah anda boleh menyelam! :)




Bagi aku, antara berenang dengan jogging, berenang adalah sukan paling bagus and paling penat sebab kita menggunakan tangan dan kaki secara serentak, kalau jogging cuma fokus pada kekuatan kaki je..kalau anda nak tahu, dulu aku gemuk macam pandasemenjak aktif berenang masa kelas berenang tu, badan aku susut mendadak..sampai aku balik kampung pun saudara2 tak kenal aku termasuk la arwah nenek aku. Bangga gila aku masa tu..haha.
*al fatihah untuk  arwah nenek, Allayarhamah Hajah Kasmirah bt Hj Sukran yg meninggal pd 13/2/2011.
Sumber gambar: Google

2 comments:

Cik Wawa said...

waaahh..lpas ni ajr sy brnang oula ye..;)

Cik Wawa said...

*pula

Post a Comment