Saturday 18 June 2011

Fakta Menarik Tentang Spesis Anjing

Kat dunia ni terdapat spesis anjing yang mempunyai kelasnya tersendiri, ada yang jenis besar, kecik, ganas, pantas, and ada yang perlahan. Kat sini aku tunjukkan spesis anjing yang mempunyai kelasnya yang tersendiri tu..aku bukanlah peminat anjing..aku just share fakta yang bagi aku menarik untuk kita tahu..tak salah kan? Hehe..


1. Spesis anjing tertinggi dan terbesarThe Irish Wolfhound


The Irish Wolfhound dianggap baka tertinggi di antara spesis-spesis anjing dalam dunia anjing, berdasarkan piawaian baka rasminya. Spesis jantan sekurang-kurangnya 32-34 inci tinggimanakala betina hendaklah sekurang-kurangnya 30 inci tinggi.





Namun, ada juga spesis lain yang lebih besar dan mempunyai rekod secara individu yang bernama Giant George dari spesis Great Dane, sebenarnya spesis ni tak adela besar sangat kalau nak dibandingkan dengan The Irish Wolfhound..cuma anjing ni terlebih membesar pulak..hehe..nak tengok besar ke tak Giant George ni..jom kita tengok..



2. Spesis anjing paling beratSaint Bernard 

Spesis ni merupakan baka anjing yang paling berat dan bagi spesis jantan beratnya boleh mencapai 184 pound ataupun 83.4 Kg.


3. Spesis anjing paling kecilThe Chihuahua

The Chihuahua dianggap sebagai baka yang paling kecil. Spesis ni hanya boleh membesar tidak lebih daripada 6 pound ataupun 2.7 Kg, dan hanya boleh mempunyai ketinggian sehingga 6-9 inci.


4. Spesis anjing bertelinga paling besarBasset Hound


5. Spesis anjing paling pantasGreyhound 

Greyhound merupakan baka anjing terpantas di dunia. Menurut Guinness World Records, kelajuan tertinggi Greyhound yang pernah dicatatkan adalah dalam 67.32 km/j pada tahun 1994 di AustraliaGreyhounds adalah salah satu daripada haiwan terpantas di darat dan mempunyai dada yang besar untuk jantung dan kapasiti paru-paru yang besar, badan yang panjang, kaki yang kuat dan ekor panjang. Greyhound bukan merupakan anjing yang agresif, mereka jarang menyalak dan selamat untuk kanak-kanak, dan sangat pintar. Greyhounds asalnya datang dari padang pasir di Timur Tengah, dan merupakan antara salah satu baka tertua antara spesis anjing. Greyhounds telah tiba di Eropah sekitar abad ke-6 dan jangka hayat anjing ini adalah lebih sepuluh tahun. Spesis ini selalu digunakan di dalam perlumbaan anjing. 



6. Spesis anjing paling perlahan Basset Hound dan Dachshund

Logik menunjukkan bahawa anjing berkaki pendek, anjing yang lebih berat akan menjadi antara anjing paling perlahan.Hal ini mungkin sesuai untuk anjing jenis Basset Hound atau Dachshund.

Basset Hound

Dachshund


*Untuk anjing paling ganas? korang boleh tengok kat post aku 10 Spesis Anjing Paling Berbahaya di Dunia..


0 comments:

Post a Comment