Saturday 25 June 2011

Sony VN-CX1: Tetikus Khas Untuk Skype

 Siapa selalu Skype? Kalau sesiapa yang tak tahu, Skype merupakan satu perisian aplikasi yang membolehkan pengguna untuk membuat panggilan suara (macam telefon telekom kat rumah) atau panggilan video dan chatting melalui internet secara percuma. Selain tu Skype juga menjadi popular seperti Yahoo Massenger kerana mempunyai ciri-ciri tambahan yang mengandungi  'instant messaging', pemindahan data, dan sidang video. 




Untuk memudahkan 'skyping' ni..syarikat gergasi jepun, Sony akan menghasilkan sebuah tetikus khas untuk Skype di mana tetikus tu boleh berfungsi sebagai gagang telefon! Kat sini aku list kan ciri-ciri dia..


  • Tetikus ni boleh memberitahu korang ada panggilan masuk melalui LED yang berkelip dan juga bunyi yang datang dari 'built-in' speaker.
  • Apabila panggilan ditamatkan, tetikus ini berfungsi sebagai tetikus biasa dan butang untuk mengawal volume bertukar menjadi roda 'scroll'.
  • Paling menarik ialah semasa panggilan masuk, di mana pengguna boleh membuka 'flip' tetikus itu  untuk membentuk sebuah gagang telefon, dan roda tetikus yang berfungsi untuk 'adjust' suara. Jika ditekan roda tu akan 'mutes' kan suara. Menarik jugak..

buka 'flip' untuk membentuk gagang telefon

  • Ciri kalis gema yang dibina di dalam akan menjamin kualiti bunyi panggilan yang memuaskan, dan cara paling mudah untuk tamatkan panggilan adalah dengan tutup semula 'flip' tersebut dan membentuk tetikus yang asal.
  • Potensi masalah mungkin berlaku jika korang nak menggunakan tetikus apabila korang sedang berada dalam talian, senang cerita korang gunakan tetikus tu untuk jadikan gagang telefon tapi time tu jugak korang nak gunakan tetikus. Tetapi bagi aku, jangan lupa yang korang boleh tukar kepada mode 'loudspeaker'. 
  • Dah nama pun produk Sony, tetikus Sony VN-CX1 ini sememangnya kelihatan 'fashionable', dan menarik. Selain tu Sony juga menawarkan 5 warna yang 'trendy' untuk dipadankan dengan warna laptop, t-shirt ataupun 'varnish' kuku korang terutama girls la..hehe..
  • Walaupun tetikus model ni kelihatan bukan seperti tetikus yang selesa digunakan, ianya kecil dan ringan (45.5 × 23.9 × 89.2 mm, 67gms) dan ia sememangnya merupakan produk yang menyeronokkan. Inilah inovasi dari syarikat Sony.




*kalau aku, aku tak prefer tetikus ni..terpulang pada taste masing-masing ok..


0 comments:

Post a Comment