Thursday 23 June 2011

Pen yang Mengeluarkan Warna Mengikut Kemahuan Kita

'Color Picker' merupakan inovasi pen dari sebuah syarikat Jepun yang boleh imbas pelbagai warna dari objek sekeliling kita dan boleh digunakan dengan segera untuk melukis dan menulis. Bagaimana ia berfungsi? Pertama sekali tekapkan pengimbas di atas objek yang mempunyai warna yang kita mahu, kemudian tekan butang 'Scan'. Kemudian katrij RGB (Red Green Blue = warna asas)  akan berfungsi supaya warna yang kita mahu muncul pada skrin di pen tersebut.
Jadi 'Color Picker' berfungsi dengan mudah contohnya korang nak warna pada daun dan epal dan kemudian korang imbas pada daun atau epal tersebut, dan korang boleh tulis atau lukis selepas imbas melalui alat pengimbas pada hujung pen tersebut dan kemudian warna yang kita nak tadi akan keluar. Cool kan?



1. Imbas pada objek dan tekan butang 'scan'

2. Dah boleh guna terus.

struktur 'Color Picker'

*bagi aku pen ni sesuai untuk seni je la..kalau untuk study pakai je la pen warna-warni yang banyak dijual kat kedai buku tu..hehe..tak payah nak membazir..hehe..

4 comments:

ZF said...

fuh canggih gila ni....

Saiful Bakhtiar said...

best la pen ni.ada jual ke ...

M.Z's Site said...

@ZF memang canggih..

M.Z's Site said...

@Saiful Bakhtiartak tahu la..mungkin ada..tak pun cuma konsep je kot.. :)

Post a Comment