Thursday 16 June 2011

3 Spesis semut paling berbisa di dunia

Semut adalah makhluk Allah yang kecil tapi istimewa sebab kerajinan dan ketekunan mereka membuat kerja di dalam sarang dan di luar sarang, mereka sentiasa mencari makanan untuk komuniti mereka walaupun di waktu malam. Tetapi, sesetengah semut mempunyai racun yang amat berbisa dan terdapat 3 spesis yang akan aku senaraikan tapi nama spesis aku maintainkan dalam english la..


3. Yellow Harvester Ant




Nama lain adalah Maricopa Harvester Ant. Yup, semut ni kelihatan kecil dan tak berbahaya.Tetapi semut ini adalah salah satu serangga yang paling beracun. Hanya dijumpai di Arizona, Amerika Syarikat. Jika digigit, tindak balas seperti bengkak di badan yang sangat sakit. Mangsa boleh mati jika terdapat tindak balas alergi. Satu sengatan boleh membunuh tikus dengan berat badan sebanyak 2kg.




2. Red Harvester Ant


Salah satu daripada semut paling berbisa, tetapi kurang agresif daripada Fire AntHanya dijumpai di Amerika Syarikat. Jika digigit, akan bengkak pada kulit dan otot. Mangsa boleh mati kerana tindak balas alergi.



1. Fire Ants


Fire Ants atau Semut api adalah spesis yang menyebabkan  banyak gigitan dan kematian berbanding dalam kalangan spesis semut yang lain. Kira-kira 20 kematian di dunia setiap tahun disebabkan oleh semut ini. Sengatan akan menyebabkan kawasan gigitan seperti rasa terbakar, bengkak yang sangat sakit, lumpuh dan mangsa boleh mati jika terdapat tindak balas alergi. Semut ni boleh ditemui di Asia, Amerika dan Eropah.


*aku rasa Fire Ants ni bukan semut api yang selalu kita jumpa tu la..sebab apa aku dah banyak kali kena gigit tapi masih pangjang umur lagi (Alhamdulillah..) pastu tak ada pulak rasa terbakar bila kena gigit..jenis lain la ni..


0 comments:

Post a Comment