Thursday, 23 June 2011

Ahli Bina Badan Wanita yang Ekstrim

Sukan bina badan sememangnya didominasi oleh kaum lelaki dan sememangnya ia sangat sesuai selari dengan fitrah lelaki yang mana pembesaran tubuh lelaki berkait dengan otot yang lebih kuat berbanding wanita. Namun, terdapat juga wanita-wanita yang juga menceburkan diri di dalam bidang ini sehingga tubuh dorang tidak seperti wanita sejati. 


1. Irene Andersen dilahirkan di Denmark pada 1966. Dibesarkan di Malmo tetapi berpindah ke Gothenburg ketika berumur 20, Irene meluangkan masa bertahun-tahun di gym, dan bekerja keras untuk membina badan yang hebat, dia juga adalah salah seorang ahli bina badan wanita yang berjaya.




2. Yolanda Hughes menjadi pro pada 1992 dengan memenangi gelaran Amatur Dunia IFBB dan juga pernah memenangi Arnold Classic Champion pada tahun 1997 dan 1998  dan juga membuat kemuculan sebanyak enam kali di kejohanan Olympia. Melalui kariernya yang pro dia bertanding dengan serius di dalam kejohanan tersebut, dan tidak pernah bertanding di dalam kejohanan lain untuk ahli bina badan wanita. Dia bertanding dalam lingkungan 164lbs dan kini telah bersara dan menguruskan perniagaanya di Washington, US.


3. Kim Chizevsky, Ms. Olympia 1996-1999




3. Rosemary Jennings



4. Lisa Aukland telah memenangi IFBB Kejohanan Bina Badan Wanita Profesional Bandar Atlantic 2008 yang diadakan di Bandar Atlantic, New Jersey.


5. Ana Claudia Pires berasal dari Brazil. Dia telah memenangi  8 kali Kejohanan Negeri Rio de Janeiro , 4 kali menjadi juara Brazil, 2 kali menjadi juara Amerika Selatan dan juga dua kali di Kejohanan Dunia.


6. Nicole Bass merupakan salah seorang ahli bina badan wanita terbesar di dunia. Dia juga merupakan juara keseluruhan  Kejohanan Bina Badan Nasional NPC 1997 dan telah bertanding di dalam pertandingan Ms. Olympia 1997. Kemudian dia menceburi Gusti Profesional pada masa kini di dalam persembahan bebas.


7. Juliette Bergmann merupakan ahli bina badan wanita Belanda yang memenangi Ms. Olympia 2001.


8. Ahli bina badan profesional Christine Roth berasal dari Ontario Canada dan merupakan antara ahli bina badan wanita yang jelita. (jelita tapi badan macam ni buat apa..)



*lelaki semua? Mesti takut nak kenal dengan perempuan camni..aku pun takut..dengan urat-urat yang terkeluar, otot yang berketul-ketul..badan aku pun tak macam ni..sekali dia hentak aku, koma entah berapa lama agaknya..


2 comments:

Nash said...

sape yg brani2 nak usha ke, cabul ke, mmg kim salam la jawabnye. haha.

M.Z's Site said...

aku rasa orang pun tak ada selera nak usha or nak cabul..haha

Post a Comment