Tuesday 21 February 2012

Koleksi Fakta-Fakta di Malaysia yang Jarang Kita Ketahui

Korang tahu sejarah Malaysia? Mungkin ada yang expert, tapi masih ada yang tak tahu sangat tentang Malaysia ni. Kebanyakan rakyat Malaysia cuma tahu 31 Ogos 1957 tu merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia, dan juga hari-hari lain seperti Hari Penubuhan Malaysia, 16 September 1963 dan tak lepas juga peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tapi kat sini aku tunjukkan beberapa fakta yang menarik yang boleh kita kongsi bersama. Mungkin ada yang dah tahu, tapi masih ada yang belum tahu so tak rugi pun kita tahu fakta tentang negara tempat kita lahir dan membesar ni..


1. Tunku Abdul Rahman pertama kali mengumumkan tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu di Padang Pahlawan kat Bandar Hilir, Melaka, pada Feb 20, 1956.





Padang Pahlawan

2. MALAYSIA pernah menjalankan eksperimen Latihan Khidmat Negara yang pertama pada 1962, semasa Konfrontasi Indonesia. Pada ketika itu, remaja yang berumur antara 21 hingga 28 tahun diwajibkan untuk menjalani selama 2 tahun. Ish..lama gila berbanding sekarang ni..


Gambar Hiasan


3. Lembah Bujang di kaki bukit Gunung Jerai telah dipercayai merupakan lokasi Empayar Langkasuka Melayu Tua, dan telah bertahan selama 1,500 tahun.




4. Perkampungan Wang Kelian di Perlis merupakan satu-satunya tempat di dunia di mana perlombongan timah di gua yang berskala besar dijalankan.




5. "TUN" merupakan gelaran persekutuan yang tertinggi dan bilangan penerima tak boleh lebih daripada 25 orang yang masih hidup dalam satu masa.


6. Ruang gua yang paling besar di dunia adalah Gua Nasib Bagus yang terletak di Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak, yang mana boleh memuatkan sebuah kapal terbang Boeing 747-200.


Gua Nasib Bagus


7. Malaysia berkongsi kedudukan dengan Qatar kadar kematian yang terendah di dunia bagi penyakit pernafasan iaitu pada 7.5 kematian setahun bagi setiap 100,000 orang.


8. Malaysia mempunyai lebuhraya sejauh 65,877 km. Ini merupakan jarak yang lebih jauh daripada lilitan bumi yang sejauh 40,075 km.




9. Panggung wayang mula beroperasi di Tanah Melayu pada tahun 1933 dengan tayangan filem Melayu pertama iaitu Laila Majnun. Filem ini dihasilkan oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah dari India. Filem ini diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical, yang berasal dari Bombay tetapi beroperasi di Singapura. Karya ini diadaptasi dari cerita cinta klasik rakyat Timur Tengah mengenai percintaan yang tidak direstui dan dipisahkan oleh keluarga masing-masing melalui watak Laila dan Majnun.




10. BURSA Malaysia, atau secara rasminya dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Stock Exchange, KLSE) bermula pada tahun 1930 apabila Persatuan Broker-Broker Saham Singapura ditubuhkan sebagai satu pertubuhan rasmi sekuriti-sekuriti di Tanah Melayu. Pada tahun 1937, ia didaftarkan semula sebagai Persatuan Broker-broker Saham Tanah Melayu, tetapi ia masih tidak mendagangkan saham-saham awam.




11. Telur serangga yang terbesar di Malaysia datangnya daripada 'Malaysian Stick Insect' (Heteopteryx dilitata) yang berukuran 15 cm, yang mana serangga ni mengeluarkan telur yang berukuran 1.3 cm, membuatkan ia lebih besar dari kacang tanah!


Heteopteryx Dilitata


12. Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua dan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga merupakan pelajar Silat Seni Gayong yang terkenal.




13. Terdapat lebih daripada 60 buah sub-etnik di Sabah dan Sarawak.


14. Hutan Hujan Belum yang terletak di utara hujung negeri Perak mempunyai lebih banyak Harimau Malaya di setiap kilometer persegi berbanding dengan tempat perlindungan mana-mana binatang lain di sini.


Harimau Malaya


15. Penang Free School merupakan sekolah Inggeris yang tertua di Asia Tenggara, ia ditubuhkan oleh Rev. Sparke Hutchings pada tahun 1816.


Penang Free School

16. Nasi Kandar, sajian yang unik di Malaysia dan dibawa masuk oleh golongan India Muslim, ia merupakan makanan kegemaran di kebanyakan rakyat Malaysia. Nasi Kandar yang terbaik terdapat di P.Pinang.


17. Pokok Bintagor yang hanya boleh didapati di Sarawak, dipercayai mengandungi bahan yang boleh membantu melawan virus yang boleh menyebabkan AIDS.


Pokok Bintagor


18. MALAYSIA menghasilkan 15 buah filem setahun tetapi mengeluarkan 300 hingga 400 buah drama dan drama bersiri. terdapat 250 buah panggung wayang dan teater di seluruh Malaysia.


19. Hanya 0.85% dari 218,004 orang di Malaysia menggunakan perkhidmatan broadband.


Gambar Hiasan


20. Daun yang terbesar di dunia, Alocasia Macrorrhiza, terdapat di Sabah. Satu spesimen telah dijumpai pada 1966 dengan berukuran 3.02 meter panjang dan 1.92 meter lebar. (ni kalau buat baju boleh ni..haha)


besar tak?


21. Jangka hayat bagi lelaki dan wanita pada 1957 masing-masing antara 55.8 tahun dan 58.2 tahun. Namun kini, jangka hayat telah meningkat kepada 71 tahun untuk lelaki dan 74 untuk wanita.


22. MALAYSIA merupakan habitat asal untuk 14,500 spesis tumbuhan berbunga dan pokok-pokok, lebih dari 200 spesis mamalia, 600 spesis burung, 140 spesis ular dan 60 spesis cicak.


23. Waktu tempatan telah berubah beberapa kali. Pada 31 Dis 1932, jam telah cepat 20 minit untuk "memanjangkan" waktu siang; pada 1 Sept 1941, dicepatkan lagi kepada 10 minit; pada 1942, waktu dipercepatkan dua jam untuk mengikut waktu Tokyo; pada 1945, waktu kembali kepada waktu yang diperhatikan pada 1941, dan pada 1 Jan 1982, waktu dicepatkan 30 minit supaya Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia mengikut Waktu Standard Malaysia. So waktu tempatan berubah sebanyak 5 kali.


24. Pulau Sipadan di Sabah merupakan salah satu tempat menyelam yang terbaik di dunia.


Pulau Sipadan


25. MALAYSIA mempunyai 18 buah pelabuhan : Bintulu, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuching, Kudat, Labuan, Lahad Datu, Lumut, Miri, Pasir Gudang, George Town, Port Dickson, Pelabuhan Kelang, Sandakan, Sibu, Tanjung Berhala, Tanjung Kidurong dan Tawau.




26. Kota Bharu merupakan titik pendaratan tentera Jepun untuk menyerang Tanah Melayu semasa Perang Dunia II pada tahun 1941. Dengan menaiki basikal, tentera Jepun mengambil masa 45 hari untuk tiba di Singapura.


27. Gereja St. George di P.Pinang, dibina pada tahun 1818, merupakan gereja Anglican yang tertua di Asia Tenggara.


Gereja St. George


28. Kapten Tristram Speedy, yang merupakan seorang Residen British untuk Perak, telah bertanggungjawab untuk membawa masuk kumpulan 110 Sikh yang pertama ke Tanah Melayu pada tahun 1873.


Kapten Tristram Speedy


29. Landasan keretapi yang pertama di Tanah Melayu yang menghubungkan antara Port Weld (sekarang Kuala Sepetang) dan Taiping, dibina oleh British pada 1885 sejauh 13.6 km.



30. Banyak jenama antarabangsa mengeluarkan barangan mereka di Malaysia, seperi cip Intel Pentium, Motorola dan pakaian Brooks Brother dan sebagainya.


31. Bank Negara Malaysia (BNM) telah diuruskan oleh enam orang gabenor semenjak penubuhan BNM pada tahun 1959.


32. Ular Tedung yang terpanjang di dunia, yang berukuran 5.54 meter, telah ditangkap hidup-hidup di Port Dickson pada April 1937 dan kemudiannya membesar sehingga 5.71 meter di dalam kurungan di Zoo London.


gambaran sahaja ok..


33. Dr. Mani Jegathesan menjadi rakyat Malaysia yang pertama untuk memenangi pingat emas Sukan Asia pada tahun 1962 di Jakarta.


Dr. Mani Jegathesan


34. Satu-satunya tanah perkuburan Yahudi di Malaysia terletak di P.Pinang, di Jalan Zainal Abidin dengan 120 buah kubur. (ada jugak yahudi kat malaysia ni..ish..)


Tanah Perkuburan Yahudi Penang


35. Lapangan Terbang Sungai Besi (kini menjadi pangkalan TUDM) merupakan lapangan terbang antarabangsa pertama di negara ini.


36. Lima pilihan raya yang pertama selepas pembentukan Barisan Nasional sentiasa diadakan di dalam tahun Piala Dunia: 1974 (Jerman), 1978 (Argentina), 1982 (Sepanyol), 1986 (Mexico) and 1990 (Itali). Namun tradisi ini berakhir pada pilihan raya seterusnya.


37. Perkataan ringgit bermaksud "bergerigi", dan asalnya merujuk kepada bucu yang bergerigi yang terdapat pada dollar perak Sepanyol yang yang digunakan secara meluas semasa penjajahan Portugis. Mulai bulan Ogos 1975, nama "Ringgit" diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.


Dollar perak Sepanyol


38. Kelantan memegang rekod mempunyai pemindahan mangsa banjir yang terbesar iaitu seramai 33,000 pada tahun 1982.


39. Kok Shoo Yin, 17 tahun, menjadi rakyat Malaysia yang pertama yang mendapat sijil kerakyatan apabila dia menerima dokumen itu pada 14 Nov 1957.


40. Jabatan Ukur dan Pemetaan telah memelihara Menara Jam Sultan Abdul Samad selama 108 tahun.


Menara Jam Sultan Abdul Samad


41. Negara pernah diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera di mana Perlembagaan Persekutuan telah digantung akibat daripada pengisytiharaan darurat ketika malam 16 Mei 1969.


42. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.


43. Ketika peristiwa 13 Mei 1969, angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.


44. Bendera Malaysia dikibarkan buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950 di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi dan disaksikan wakil sultan seluruh Tanah Melayu. Bendera itu telah direka oleh Mohamed Hamzah, iaitu seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya di Johor Bahru, ketika itu beliau telah memasuki pertandingan mereka bentuk dengan dua rekaan bendera.


Jalur Gemilang


Mohamed Hamzah


45. Semasa pertandingan rekabentuk Bendera Malaysia, sebanyak 373 reka bentuk bendera dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, hanya tiga rekaan disenarai pendekkan sebelum bendera Mohamed Hamzah dipilih kerana bendera Mohamed Hamzah mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja. Kat sini aku tunjukkan tiga bendera tersebut..







46. Ilham untuk menamakan bendera ini Jalur Gemilang diusulkan oleh Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan itu dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir pada 11 Julai 1995.


Mesti ada yang dah tahu fakta ni..tapi tak semua yang tahu..kalau yang belum tahu time camni la kita korek2 fakta yang terdapat di negara kita ni..hehe :)




*aku sendiri pun ada yang tak tahu pasal fakta-fakta ni..



9 comments:

Sharul Nizam said...

woah! nice. mana tah kau dapat semua ni. malaysia ade yahudi? -.-

Azzua said...

terbaikkkklah awk ;))

M.Z's Site said...

@Sharul Nizam haha..korek2 kat internet..malaysia mmg ade yahudi..skrg pun ade lagi..

M.Z's Site said...

@Cik Wawa hehe..thank u :)

Aku pengembara said...

Entry nie bermanfaat untuk assignment saya.. Thankz

Anonymous said...

fakta no.17 tu rs ny kne check blk...

Unknown said...

bukan setakat perkuburan yahudi jer yg ada kat msia ni...bangunan illuminiti dan freemason pun masih ada di msia sekarang..lambang2 nya ada banyak kat jabatan dan institusi kerajaan msia..memang agak berbahaya mereka ni ..pasal mereka menjalankan rancangan jahat si dajjal..

Unknown said...

bukan setakat perkuburan yahudi jer yg ada kat msia ni...bangunan illuminiti dan freemason pun masih ada di msia sekarang..lambang2 nya ada banyak kat jabatan dan institusi kerajaan msia..memang agak berbahaya mereka ni ..pasal mereka menjalankan rancangan jahat si dajjal..

Unknown said...

anjing

Post a Comment