Saturday, 25 June 2011

Gadis Korea Tanggalkan Make-up Selepas Dua Tahun

Doktor mencadangkan setiap wanita menanggalkan make-up dorang setiap malam sebelum dorang tidur bagi mengelakkan kerosakan pada kulit dorang, tetapi seorang gadis muda dari Korea Selatan telah memilih untuk memakai make-up untuk jangka masa yang panjang iaitu selama dua tahun.

Bae Dal-mi, 20, mula mencuba untuk memakai make-up apabila dia berumur 14 tahun. Kita boleh katakan yang ia merupakan 'cinta berus pertama', hehe..dan semenjak itu, gadis Korea itu mula meningkatkan skil dan bakatnya untuk menyolek tempat-tempat yang dia utamakan dan selepas itu dia tak mahu untuk menanggalkan make-up tersebut. Seperti dia sentiasa mengenakan lapisan make-up yang tebal pada mukannya, cermin telah menjadi antara barang yang paling penting di dalam kehidupan Bae dan dia telah memutuskan “saya mahu kelihatan sempurna sepanjang masa, saya juga telah tidur bersama dengan make-up di muka.” Gadis ini kelihatan tidak begitu berpuas hati dengan penampilannya, dan dia pernah berkata dia mahu melakukan pembedahan plastik di 10 bahagian yang berbeza.



Untuk dua tahun yang terakhir, gadis muda ini tak pernah menggunakan penanggal make-up, oleh sebab itu ibunya berasa tidak senang dengan sikap Bae itu. Kemudiannya ibu Bae telah menghubungi stesen TV dan menceritakan kisah Bae yang menakjubkan ini. Semasa pertunjukan aneka ragam, beberapa dermatologist (pakar kulit) telah berusaha untuk meyakinkan Bae Dal-mi supaya menanggalkan make-up di wajahnya. 


Dan selepas seorang pakar memeriksa, mereka mendapati kulit gadis itu kelihatan dua kali lebih tua dari umurnya yang sebenar. Semua ini disebabkan oleh ketaksubannya pada kecantikan...susah betul orang jenis macam ni..kan?





*budak ni cantik dan comel..tapi..aku wonder macam mana dia mandi? tak kan dua tahun muka dia tak pernah kena air kot..


9 comments:

Chempaka Sari said...

eii....teruknya,. Dah cantik tu nak lagi cantik sanggup make up 24 jam. huhu. Tak panas gamak eh..
follow u.

M.Z's Site said...

@Chempaka Sari: hehe..kalau dah taksub pada cantik nak buat macam mana..ok..thanks, follow u 2..

She's Gee said...

gee rase dye tak mekap lagi cantik la. coz bile dye mekap nampak cam opera cina pon ade.. wops?

nak cantik tapi last2 memakan kulit dye sendiri.. silap langkah ni..^^

Nur Syafiqah Md Takiyudin said...

Xkan mandi xbasuh muka kot? Bangun tidut xbasuh muka? Hahahah!

M.Z's Site said...

@She's Gee: tu la kalau tak bersyukur dgn apa yang ada..pastu obses degan kecantikan..camni la akibatnye :)

M.Z's Site said...

@Nur Syafiqah Md Takiyudin: tu la pasal..wonder jugak..orang sehari tak basuh muka pun dah x selesa dah..haha..ni kan pulak 2 tahun..

Nur Fannun said...

susah klu dh taksub dgn kecantikan..ni klu kenal susuk, mau terus jumpa bomoh ni..bahaya..bahaya..

M.Z's Site said...

@Nur Fannun: haha..betul tu..mesti satu badan letak susuk..

tasya safri said...

uish.. dasat giler budak nie.. boleh lak tahan ngan make up 2 tahun... perghhh.. btw, nice blog..

Post a Comment