Monday 4 July 2011

'Wang Besar' yang Paling Real!

Korang mesti pernah tengok rancangan Roda Impian kan? Selalunya peserta yang bertanding akan menjerit 'wang besar! wang besar!' berulang kali selepas memutarkan roda semoga mereka mendapat nasib yang baik untuk mendapat nilai wang yang tinggi.


roda impian

Kat sini aku tunjukkan 'bank notes' yang terbesar di dunia yang terdapat di dalam sejarah dunia. Kesemua wang tersebut telah menyebabkan impak yang buruk disebabkan oleh hyperinflasi. Apabila wang kertas diperkenalkan kepada umum, ia dijangkakan bahawa bil tersebut akan menyelamatkan ekonomi dari musnah. Malangnya, not-not bank yang besar tersebut tak pernah menjadi pilihan yang baik untuk mengekalkan ekonomi negara. Matawang yang paling selamat sepatutnya berdasarkan kepada perak atau emas. Wang yang tak ada nilai 'back up' hanyalah kertas yang mempunyai nombor sahaja. Jom kita tengok 'wang besar' yang dimaksudkan.

1. 5 juta Mark



Wang ini telah menjadi isu di Dresden, Jerman pada 21 Ogos 1923: ianya telah digunakan ketika hyperinflasi berlaku di Jerman semenjak tahun 1922. Ketika peperangan, wang ini hanya cukup untuk membeli beberapa buku roti dan wain. (jadi jutawan pun tak guna la der..)

Semenjak Februari 1923, kerajaan Jerman telah mempersoalkan kelambakan not-not bank dari 100,000 sehingga 1 juta Mark. Kerajaan tersebut sentiasa mempersoalkan not bank yang baru sehingga ianya mencecah 50 juta pada bulan Julai, naik kepada 10 billion pada September, dan 100 Trillion  pada October 1923. Nak tengok not nilai tersebut? Tengok kat bawah ni..

2. 10 Juta Mark


3. 50 Juta Mark



4. 100 Juta Mark



 5. 500 Juta Mark



6. 100 Trillion Mark


Bayangkan, pada 1 November 1923, sebuku roti berharga 3,000,000,000 Mark dan 3 paun daging pula berharga 100,000,000,000 Mark. Ekonomi tersebut telah menjadi semakin teruk ketika itu sehingga 15 hari kemudian, 100 billion Mark hanya cukup untuk mendapatkan 2 gelas beer. Jerman telah berdepan dengan situasi yang sangat sukar pada ketika itu. Tak ada jalan penyelesaian yang boleh digunakan untuk mengendalikan 'kegilaan' ini sehingga kerajaan mengambil respon yang pantas untuk memotong satu trillion Mark kepada satu mark sebelum December 1923. Gila bukan? Memang 'wang besar' itu wujud tetapi sangat kecil nilainya disebabkan oleh inflasi yang melampau.

Selain di Jerman, negara Zimbabwe juga mempunyai 'wang besar' yang hampir sama dengan apa yang berlaku di Jerman tadi. Semuanya disebabkan oleh hyperinflasi yang berlaku pada tahun 2008 di Zimbabwe. Namun, masih tak ada berita yang jelas bagaimana kerajaan Zimbabwe menyelamatkan ekonomi dorang selepas tu..mungkin dorang hantar menteri kewangan dorang ke Jerman kot..haha..kat bawah ni 'wang besar' Zimbabwe.


7. 10 Juta Dollar Zimbabwe


8. 100 Trillion Dollar Zimbabwe




*cuba korang bayangkan korang bawak sehelai duit RM 1 juta lepas tu korang pergi kedai runcit beli sebotol kicap..agak-agak macam mana eh? Kesian tauke nak cari bagi duit baki..hehe


0 comments:

Post a Comment