Monday 5 September 2011

Wajar ke cakap "Bercinta separuh mati, tapi nanti kahwin dengan orang lain jugak!" ??

"Bercinta separuh mati, tapi nanti kahwin dengan orang lain jugak!" Korang pernah dengar ayat ni? Mesti pernah kan? Selalu ayat ni diucapkan oleh seseorang yang mempunyai pandangan yang sedikit negatif lagi-lagi orang yang didorongi oleh perasaan cemburu melihat orang tengah dilamun cinta asmara bak pinang dibelah dua (ayat tak boleh belah), ataupun diucapkan oleh orang yang tak suka dengan couple tersebut (mungkin sebab orang yang diminati dirampas orang lain kot), tak pun disebabkan oleh parents dia yang marah anak dia bercinta time2 belajar ni. So situasi-situasi yang aku cakap ni la akan menyebabkan ayat yang negatif tu dikeluarkan.





Memang la betul jodoh tu di tangan Allah S.W.T, sedangkan orang yang satu jam sebelum nikah pun boleh berpisah tak kira hidup atau mati, ni kan pulak tengah bercinta. Lagipun jodoh tu bukan time nikah je, tapi sampai akhir hayat! Allah S.W.T sendiri pernah bersabda bahawa hendak sesuatu kejayaan perlulah diiringi dengan usaha, doa dan tawakal. So bagi aku, bercinta ni sama la dengan kita berusaha untuk dipertemukan jodoh dengan pasangan kita. Semasa bercinta, kita dah berjanji macam-macam supaya hubungan yang dibina tak akan goyah, dan lambat laun kalau dah sampai masa suruh parents hantar rombongan meminang




Bagi aku, setiap tujuan yang diinginkan ada perjalanan dan halangannya, cuma kekuatan dan jati diri dalam diri yang memainkan peranan yang penting. Even pasangan yang bercinta selepas kahwin (tak kira secara paksa atau rela hati) pun perlukan masa untuk sesuaikan diri dan terima pasangan tu seadannya, walaupun hati time tu masih belum bersedia untuk menerima cinta. Kalau tak kuat, boleh jatuh talak beb! Tu pun dinamakan tak ada jodoh. Betul? 


So, aku nak tegaskan, the main point is, tak payah la nak cakap "Bercinta separuh mati, tapi nanti kahwin dengan orang lain jugak!" kat orang. Biarlah dorang bercinta, cuma pandai2 dorang la jaga diri dan hati, yang penting doakan kebahagiaan dorang supaya jodoh berkekalan. Bercinta ni sama je konsep dia macam study dan exam, yela..kita study hard untuk dapat result baik kan? Ada yang study bagus, tapi result dia tak ok. Ada yang study main2 tapi dapat result gempak. So senang cerita, bercinta ni macam study, then kahwin tu umpama result exam. Got it? Senang cakap bercinta tu adalah usaha kita untuk dipertemukan jodoh dengan pasangan yang kita sayang tu. 


Kita merancang, then Tuhan yang tentukan hasil usaha kita tu. So kalau dah bercinta even lama bertahun-tahun macam mana pun, kalau dah putus, jangan la kita bunuh diri pulak, tapi anggap la tak ada jodoh, at least kita dah berusaha yang terbaik. 




Mungkin Allah nak tunjukkan kita jodoh yang lagi baik dari sebelumnya. Mungkin ada yang tak setuju dengan apa yang aku cakap, yela mungkin ada yang lebih selesa single daripada bercinta, so terpulang la, setiap orang lain prinsip and lain jalan hidup dia, kalau dah tak sama tu diam2 je la ok. Hehe..bye! :)



*cuba kalau korang bayangkan orang sound korang "tak payah study laaa, nanti result fail jugak!" patut tak orang sound camtu? tak kan? So, sama je la konsep dia dengan tajuk post ni..renung-renungkan~ :)



4 comments:

Anonymous said...

yes yes yes. couldn't agree more. but the thing is bila orang yang sibuk sgt bercinta tu crik pasal dengan orang because of paranoia. Itu yang smpi didoakan tak kekal tu. hehe. ;p

M.Z's Site said...

@Fi A.: betul tu..tapi keseluruhannya doakanla yg trbaik utk orang lain sebab kelak kebaikan tu akan datang pd kita jugak :)

ku-cit said...

bercintala seadanya dan berpada2...tak payah nak smpai separuh matikn

M.Z's Site said...

@ku-cit: depends la pd orang tu..dorang kena pndai2 fkir la :)

Post a Comment