Sunday 3 July 2011

Gadis yang Terkuat di Dunia

Jika korang ingin tahu siapa gadis yang terkuat di planet kita, korang akan dapat jawapan kat sini. pertama sekali perlu diingat, gadis ini tak la sebesar Hulk Hogan atau pun lelaki yang tegap seperti Mike Tyson. Gadis ini cuma berumur 19 tahun pada masa kini. 


Nama gadis ini ialah Varya Akulova dan dia memegang gelaran “Gadis Hercules”. Varya Akulova telah lahir pada 10 Januari 1992 kat Krivoy Rog. Pada umurnya kini, dia telah menyenaraikan namanya pada buku rekod dunia Guinness sebanyak dua kali. Perkara yang paling cool tentang gadis ini ialah dia boleh mengangkat muatan seberat 350kg dibelakang badannya ketika berat badannya cuma 40kg. Gadis ini menjadi gadis yang terkuat di dunia bukan kerana beratnya sendiri tetapi kerana 'will-power' nya yang begitu menakjubkan, tendon yang elastik seperti fiber, tulang yang kuat dan juga latihan fizikal harian dalam masa yang panjang bersama ayahnya.





kat sekolah dia, Varya merupakan seorang pelajar perempuan yang bijak. Ayahnya telah menyeimbangkan latihan fizikalnya dan juga pembelajaran akademi. Ketika berada di luar, Varya, gadis terkuat di dunia ketika ini, tidaklah berbeza dengan pelajar perempuan yang lain di sekolah. Cuma perkara yang paling membezakannya ialah lelaki tidak membuat kacau kepadanya dan dia sangat bagus di dalam sukan.





 *guys..ada berani kalau jumpa gadis macam ni? Kalau berani kacau, aku rasa korang akan makan bubur je la seumur hidup..haha..

2 comments:

Cik Aan Alan said...

hilang keayuan sudah :p

M.Z's Site said...

@nabihancakap: hilang sikit je..lain la kalau dia dah jadi bodybuilder :D

Post a Comment