Monday 4 July 2011

'Wang Besar' yang Paling Real!

Korang mesti pernah tengok rancangan Roda Impian kan? Selalunya peserta yang bertanding akan menjerit 'wang besar! wang besar!' berulang kali selepas memutarkan roda semoga mereka mendapat nasib yang baik untuk mendapat nilai wang yang tinggi.


roda impian

Kat sini aku tunjukkan 'bank notes' yang terbesar di dunia yang terdapat di dalam sejarah dunia. Kesemua wang tersebut telah menyebabkan impak yang buruk disebabkan oleh hyperinflasi. Apabila wang kertas diperkenalkan kepada umum, ia dijangkakan bahawa bil tersebut akan menyelamatkan ekonomi dari musnah. Malangnya, not-not bank yang besar tersebut tak pernah menjadi pilihan yang baik untuk mengekalkan ekonomi negara. Matawang yang paling selamat sepatutnya berdasarkan kepada perak atau emas. Wang yang tak ada nilai 'back up' hanyalah kertas yang mempunyai nombor sahaja. Jom kita tengok 'wang besar' yang dimaksudkan.

1. 5 juta Mark

Gempar! Transformers di Dunia Realiti Sememangnya Wujud!

Siapa cakap Transformers hanya muncul dalam movie aje? Korang tahu tak yang sebenarnya Transformers pun wujud dalam dunia realiti. Baru-baru ini terdapat beberapa gambar yang berjaya ditangkap untuk membuktikan bahawa Transformers sememangnya wujud! Jom kita tengok gambar Transformers yang berjaya ditangkap tu..

Sunday 3 July 2011

Bayi yang Tertua Di Dunia

Pernah tak korang nampak bayi yang berumur 26 tahun kat kawasan korang? Kalau tak pernah jumpa, korang boleh tengok kat sini. Bayi yang tertua di dunia bernama Jerly Lyngdoh, anak lelaki kepada keluarga petani kat Meghalaya, Utara India. Saiz badannya hanyalah berukuran 2 kaki 9 inci ataupun 84 cm tinggi dan kepalanya tak pernah membesar lebih daripada kepala kanak-kanak yang berumur purata 2 tahun. Karakter orang dewasa yang ada padanya hanyalah giginya, apabila dia membuka mulutnya, korang akan nampak susunan gigi sama seperti orang dewasa.


Gadis yang Terkuat di Dunia

Jika korang ingin tahu siapa gadis yang terkuat di planet kita, korang akan dapat jawapan kat sini. pertama sekali perlu diingat, gadis ini tak la sebesar Hulk Hogan atau pun lelaki yang tegap seperti Mike Tyson. Gadis ini cuma berumur 19 tahun pada masa kini. 


Nama gadis ini ialah Varya Akulova dan dia memegang gelaran “Gadis Hercules”. Varya Akulova telah lahir pada 10 Januari 1992 kat Krivoy Rog. Pada umurnya kini, dia telah menyenaraikan namanya pada buku rekod dunia Guinness sebanyak dua kali. Perkara yang paling cool tentang gadis ini ialah dia boleh mengangkat muatan seberat 350kg dibelakang badannya ketika berat badannya cuma 40kg. Gadis ini menjadi gadis yang terkuat di dunia bukan kerana beratnya sendiri tetapi kerana 'will-power' nya yang begitu menakjubkan, tendon yang elastik seperti fiber, tulang yang kuat dan juga latihan fizikal harian dalam masa yang panjang bersama ayahnya.