Sunday, 26 February 2012

Koleksi Nota Pesanan Housemate yang Lucu

Siapa yang dah mula atau pernah hidup bujang? Best kan? Biasanya student atau pun orang yang dah bekerja yang masih belum berkahwin dan tinggal jauh dengan kampung halaman akan tinggal di rumah sewa ataupun kolej kediaman yang universiti sediakan. So, bila dah duduk dengan kawan dalam satu rumah atau satu bilik, memang banyak pengalaman pahit manis tak kira housemate/roomate tu satu kepala dengan kita atau tak. Kalau satu kepala tu memang best la..kalau tak memang banyak konflik yang timbul.

So kat sini aku nak tunjuk gambar-gambar nota pesanan yang agak lucu untuk disampaikan kepada housemate/roomate dorang..mungkin sebab malas nak sound directly ataupun mungkin dorang tak sempat nak jumpa kawan dorang.

kes tak basuh pinggan 1

Friday, 24 February 2012

Video: Baking Biskut Dalam Kereta

Baking biskut dalam kereta? Camne tu? haha..di Amarillo, Texas, US. Suhu di sana telah meningkat kepada 100 darjah, (sumber tak nyatakan darjah ape..celcius ke..fahrenhait ke..) dan kira-kira 200 darjah di dalam kereta tertutup. Brittany Nunn dari Amarillo Globe-News telah membakar biskut coklat cip di dalam keretanya. Ia mengambil masa yang agak lama untuk membakar, tapi kereta tu berbau enak selepas itu..hehe..


Dan ni videonya, jom kita saksikan..zassssss!! haha..



Thursday, 23 February 2012

10 Rumah Bawah Tanah yang Awesome!

Dengan populasi yang semakin bertambah setiap tahun, manusia mula membina rumah mereka di bawah tanah seperti Hobbit dari kisah Tolkien. Manusia mula tinggal di dalam gua sejak dari dulu lagi, dan sekarang kita sedar bahawa "rumah bumi" sebenarnya sangat mesra alam untuk diduduki. Sepuluh rumah bawah tanah ini adalah sangat menakjubkan sehingga mereka mungkin akan membuatkan korang nak buat rumah bawah tanah jugak kot..

1) Cave House di Festus, Missouri




Tuesday, 21 February 2012

Koleksi Fakta-Fakta di Malaysia yang Jarang Kita Ketahui

Korang tahu sejarah Malaysia? Mungkin ada yang expert, tapi masih ada yang tak tahu sangat tentang Malaysia ni. Kebanyakan rakyat Malaysia cuma tahu 31 Ogos 1957 tu merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia, dan juga hari-hari lain seperti Hari Penubuhan Malaysia, 16 September 1963 dan tak lepas juga peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tapi kat sini aku tunjukkan beberapa fakta yang menarik yang boleh kita kongsi bersama. Mungkin ada yang dah tahu, tapi masih ada yang belum tahu so tak rugi pun kita tahu fakta tentang negara tempat kita lahir dan membesar ni..


1. Tunku Abdul Rahman pertama kali mengumumkan tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu di Padang Pahlawan kat Bandar Hilir, Melaka, pada Feb 20, 1956.



Monday, 20 February 2012

Koleksi Headphone & Earphone mewah oleh Ferrari dan Logic3

CES (Consumer Electronics Show) di Las Vegas boleh dikatakan sebagai syurga gajet, tempat yang paling cemerlang dan berteknologi yang menarik untuk diumumkan. Ia juga adalah tempat yang sesuai untuk koleksi terbaru beberapa peranti indah untuk dipaparkan. Oleh yang demikian, pihak Ferrari dan Logic3 (pengeluar gajet audio) telah pun tahu dengan lebih baik apabila mereka memilih untuk mempamerkan hasil kerja berpasukan terbaru mereka di sini. Setiap bahagian dalam set tersebut adalah bertemakan Ferrari dan mereka mempamerkan bahan-bahan yang berkualiti dan juga reka bentuk automotif Ferrari yang hebat. Selain itu, headphone dan earphone Ferrari termasuk 9 model headphone terbahagi kepada 2 siri iaitu Cavallino dan Scuderia. Semua gajet audio ini juga boleh digunakan untuk model iPod dan iPad. Pra-pesanan akan bermula tidak lama lagi, tetapi ia tidak boleh diakses sehingga April 2012. So kena la tunggu..meh tengok model headphone yang cool ni..

Friday, 16 September 2011

mati akibat kehilangan pen..


hilang pen = tak ada pen
tak ada pen = tak ada nota
tak ada nota = tak study
tak study = fail
fail = tak ada diploma/degree
tak ada diploma/degree = tak dapat kerja
tak dapat kerja = tak ada duit
tak ada duit = tak ada makanan
tak ada makanan = kebulur
kebulur = kurus nampak tulang
kurus nampak tulang = hodoh
hodoh = tak ada pakwe/ makwe
tak ada pakwe/ makwe = tak kawen
tak kawen = tak ada anak
tak ada anak = sunyi
sunyi = tertekan
tertekan = sakit
sakit = mati


lesson: jangan hilangkan pen..haha :D