Tuesday 28 June 2011

Kelakar: Lelaki Maintain Cool Betulkan Ejaan di Facebook Walaupun Kena Marah

Sememangnya salah taip ataupun orang sekarang panggil 'typo' tu adalah normal, sebab kita sentiasa tak terlepas dari melakukan kesilapan. Kadangkala kita juga ada terjumpa kesilapan menaip di buku-buku, majalah, surat khabar dan sebagainya walaupun orang yang menaip tu ada skil dan pengalaman. Tapi macam mana kat facebook pulak? Kat sini aku tunjukkan yang seseorang tu masih salah menaip walaupun ditegur, dan orang yang menegur tu sentiasa memperbetulkan kesilapan taip walaupun dimarah..hehe..jom kita tengok..




*haha..cool je mamat tu..

Apa Sebenarnya Pagar Berdawai ini Nak Sampaikan?


*dapat sense tak? kalau ada..it is just for fun..peace yaww! 

20 Gambar (HD) yang Menakjubkan di Angkasa Lepas

Walaupun bukan teleskop angkasa yang pertama, Hubble merupakan salah satu teleskop angkasa yang terbesar dan paling serba boleh, dan juga ia terkenal sebagai alat menyelidik yang paling penting dan juga penghubung antara astronomi dengan orang awam seperti kita. 


Teleskop Hubble

Monday 27 June 2011

Gempar! Roti Tiruan Diperbuat Daripada Kadbod Kotak

Seperti yang kita tahu, China merupakan negara pengeluar barangan tiruan yang terbesar di dunia terutama di dalam pembuatan peralatan elektronik seperti telefon bimbit, mainan, barangan elektrik dan sebagainya. Namun, kebijaksanaan China di dalam menghasilkan barangan tiruan dikatakan sudah melampaui batas di mana makanan tiruan juga dihasilkan seperti telur, daging dan beras. Namun yang aku nak kongsikan, ada pula roti tiruan yang diperbuat daripada kadbod kotak. Korang tengok la video ni..rotinya agak 'menyelerakan'..haha..




*nampak tak dia buat macam mana? mula rendam kadbod, pastu cincang kadbod tu sampai hancur dan seterusnya..

Koleksi Design Puting Bayi yang Kreatif

Puting untuk bayi telah lama digunakan sejak berzaman lagi. Kebanyakan ibu bapa telah mengalami aspek yang positif di mana puting telah membantu mereka untuk menenangkan bayi mereka yang kadangkala suka merengek. Di sini merupakan beberapa koleksi rekabentuk puting yang gila-gila yang mana aku sendiri pun pasti ibu bapa tak akan beli puting yang ada design macam ni untuk bayi dorang yang cute tu..kecuali kalau dorang sendiri pun sama gila-gila..hehe..


Sunday 26 June 2011

Sekolah-Sekolah yang Mempunyai Nama yang Teruk

Sekolah merupakan tempat yang sangat penting untuk mendidik seseorang itu menjadi orang yang berpengetahuan dari kecil hinggalah ke peringkat remaja. Kalau dari kecil tak pergi sekolah, seseorang tu akan ketinggalan dari segi pengetahuan dan juga kemahiran sama ada dari segi menulis, membaca, mengira, bersukan, insaniah dan sebagainya. 

Sekolah tempat untuk menuntut ilmu, oleh itu nama-nama sekolah mestilah baik, dan juga tidak mengandungi sebarang makna yang buruk. Mungkin sesetengah pihak merasakan nama sekolah yang diberi itu tak memberi maksud apa-apa, tetapi bagaimana dengan pihak yang lain? Ok kat sini aku tunjukkan gambar-gambar sekolah yang mempunyai nama yang teruk.


Anatomi Mainan yang Comel

Siapa sangka mainan watak kartun tak ada anatomi macam kita juga? Dorang pun ada jugak ok..haha..(cakap macam fakta betul je..) Jom tengok anatomi yang comel ni, jangan risau tak ada darah la..siapa tak berani tengok tu pergilah berubat ye..tak normal tu..haha..



Gambar Perlupusan Bot Bernilai Jutaan Dolar

Di dalam percubaan untuk menunjukkan kekayaannya kepada orang ramai, seorang syeikh Arab membeli sebuah bot persiaran dan kemudiaan memusnahkannya. Bot persiaran yang bernilai $ 1 juta itu yang berada di atas pantai di kepulauan Bahamas telah dimusnahkan dengan bantuan dua buah jengkaut. Secara semulajadinya, bahagian bot yang dilupuskan itu akan diambil dan dibuang ke tapak pelupusan sampah dan nilai sejuta dollar hilang camtu je. Kat sini aku tunjukkan beberapa gambar proses perlupusan bot persiaran tu.

Gempar! Lokasi Batman Ditemui!


Saturday 25 June 2011

Pasangan Couple yang dah Break-up Bergaduh Pasal Seks di Facebook

Kadangkala kita lupa apa yang kita lakukan itu diperhatikan oleh orang ramai. Jika apa yang kita buat itu normal seperti makan, bermain, membaca diperhatikan orang, itu boleh diterima lagi. Tetapi macam mana dengan pergaduhan yang melibatkan hal yang begitu peribadi seperti seks dilihat oleh orang? Hal ini mungkin disedari oleh empunya badan namun kadangkala tidak diendahkan oleh mereka mungkin disebabkan oleh perasaan yang teramat marah..sebagai contoh..jom kita lihat drama yang lucu di bawah ni..

Gadis Korea Tanggalkan Make-up Selepas Dua Tahun

Doktor mencadangkan setiap wanita menanggalkan make-up dorang setiap malam sebelum dorang tidur bagi mengelakkan kerosakan pada kulit dorang, tetapi seorang gadis muda dari Korea Selatan telah memilih untuk memakai make-up untuk jangka masa yang panjang iaitu selama dua tahun.

Bae Dal-mi, 20, mula mencuba untuk memakai make-up apabila dia berumur 14 tahun. Kita boleh katakan yang ia merupakan 'cinta berus pertama', hehe..dan semenjak itu, gadis Korea itu mula meningkatkan skil dan bakatnya untuk menyolek tempat-tempat yang dia utamakan dan selepas itu dia tak mahu untuk menanggalkan make-up tersebut. Seperti dia sentiasa mengenakan lapisan make-up yang tebal pada mukannya, cermin telah menjadi antara barang yang paling penting di dalam kehidupan Bae dan dia telah memutuskan “saya mahu kelihatan sempurna sepanjang masa, saya juga telah tidur bersama dengan make-up di muka.” Gadis ini kelihatan tidak begitu berpuas hati dengan penampilannya, dan dia pernah berkata dia mahu melakukan pembedahan plastik di 10 bahagian yang berbeza.

10 Tradisi Paling Berbahaya di Dunia

Tradisi (Latin: traditio) di dalam maksud yang mudah ialah sesuatu yang telah dilakukan untuk jangka masa yang panjang dan menjadi sebahagian daripada kehidupan sekumpulan manusia, lazimnya dari negara, budaya, masa, atau dari agama. Perkara yang paling utama mengenai tradisi ialah infromasi yang dipindahkan dari generasi ke generasi, sama ada secara bertulis ataupun lisan, kalau tidak kerana kedua-duanya tradisi itu mungkin pupus. Di dalam beberapa bahagian di dunia, sesuatu tradisi itu berbahaya secara fizikal dan kadangkala juga boleh membawa maut, tersebut merupakan senarai tradisi yang berbahaya di dalam era moden kini.


10. New Years Dive: Siberia, Rusia


Para penyelam Rusia melakukan tradisi ini di dalam tasik, yang mana mencapai kedalaman 5390 kaki (1642.9 m) dengan membawa beberapa batang pokok dan kemudian menanam pokok di dalam tasik tersebut. Ia kelihatan tidak berbahaya, tetapi tasik tersebut dianggap sebagai tasik yang paling dalam di dunia dan ia berada di bawah ais. Untuk melakukan tradisi ni, dorang perlu memotong permukaan ais di dalam suasana yang sangat sejuk. Namun, tradisi ni telah ditamatkan semenjak tahun 1982.


Sony VN-CX1: Tetikus Khas Untuk Skype

 Siapa selalu Skype? Kalau sesiapa yang tak tahu, Skype merupakan satu perisian aplikasi yang membolehkan pengguna untuk membuat panggilan suara (macam telefon telekom kat rumah) atau panggilan video dan chatting melalui internet secara percuma. Selain tu Skype juga menjadi popular seperti Yahoo Massenger kerana mempunyai ciri-ciri tambahan yang mengandungi  'instant messaging', pemindahan data, dan sidang video. 


Friday 24 June 2011

20 Gambar Gajet Dapur yang Kreatif

Siapa cakap memasak itu membosankan? Terdapat banyak gajet dapur yang kreatif dan menyeronokkan yang boleh memudahkan kita untuk memasak. Di sini aku tunjukkan koleksi gajet dapur yang tak pernah kita lihat dari segi fungsi dan reka bentuk yang menjanjikan pengalaman memasak korang sangat menghiburkan. Jika korang ada gajet dapur yang lama dan bosan dengan gajet dapur korang, korang perlu mendapatkan salah satu daripada gajet-gajet ini. Yang mana satu merupakan feveret korang? Jom kita tengok..


Satu Sebab Mengapa Kita Jangan Bermain Dengan Kuda Belang

Nak tahu sebab apa? Jom layan urutan gambar ni..hehe..



Thursday 23 June 2011

Cara Terbaik Untuk Mengelak dari Berlakunya Kecurian Kereta

Zaman sekarang ni memang banyak berlaku kes kecurian kereta. Memang pengeluar kereta telah menghasilkan sendiri sistem sekuriti di dalam kereta, namun kes kecurian tetap berlaku..kat sini aku tunjukkan cara yang terbaik..jom kita tengok..


-
-
-
-

Pen yang Mengeluarkan Warna Mengikut Kemahuan Kita

'Color Picker' merupakan inovasi pen dari sebuah syarikat Jepun yang boleh imbas pelbagai warna dari objek sekeliling kita dan boleh digunakan dengan segera untuk melukis dan menulis. Bagaimana ia berfungsi? Pertama sekali tekapkan pengimbas di atas objek yang mempunyai warna yang kita mahu, kemudian tekan butang 'Scan'. Kemudian katrij RGB (Red Green Blue = warna asas)  akan berfungsi supaya warna yang kita mahu muncul pada skrin di pen tersebut.
Jadi 'Color Picker' berfungsi dengan mudah contohnya korang nak warna pada daun dan epal dan kemudian korang imbas pada daun atau epal tersebut, dan korang boleh tulis atau lukis selepas imbas melalui alat pengimbas pada hujung pen tersebut dan kemudian warna yang kita nak tadi akan keluar. Cool kan?

Ahli Bina Badan Wanita yang Ekstrim

Sukan bina badan sememangnya didominasi oleh kaum lelaki dan sememangnya ia sangat sesuai selari dengan fitrah lelaki yang mana pembesaran tubuh lelaki berkait dengan otot yang lebih kuat berbanding wanita. Namun, terdapat juga wanita-wanita yang juga menceburkan diri di dalam bidang ini sehingga tubuh dorang tidak seperti wanita sejati. 


1. Irene Andersen dilahirkan di Denmark pada 1966. Dibesarkan di Malmo tetapi berpindah ke Gothenburg ketika berumur 20, Irene meluangkan masa bertahun-tahun di gym, dan bekerja keras untuk membina badan yang hebat, dia juga adalah salah seorang ahli bina badan wanita yang berjaya.


10 Jambatan Terpanjang di Dunia: Jambatan Pulau Pinang Tersenarai

Jambatan memang penting untuk menghubungkan tanah besar dengan pulau, ataupun untuk merentas jurang yang  besar, merentas sungai, tasik dan sebagainya. Dengan adanya teknologi dan kejuruteraan yang semakin maju, manusia berupaya membina jambatan-jambatan walaupun sejauh 30km..bila aku tengok fakta ni, tak sangka Jambatan Pulau Pinang juga termasuk..semestinya aku bangga..hehe..


10. Jambatan Teluk Chesapeake, Maryland, US: 7km


Laluan Paling Ekstrim Untuk Dilalui

Laluan ni dibina di Huashan, China. Dan ia mempunyai sejarah sebagai laluan ke tempat istirehat untuk pertapa lasak, sama ada Daoist, Buddha atau lain-lain. Nak tengok ekstrim ke tak jom kita tengok..



Pendaki Gunung yang Ekstrim: Berani atau Gila?

Kalau korang tengok gambar-gambar kat bawah ni korang akan fikir dorang ni gila atau berani? Mendaki tu tak la hairan sangat..tapi dorang ni memilih dinding gunung yang tinggi sebagai tempat tidur dengan menggantungkan platform atau khemah. Aku wonder jugak macam mana dorang ni pasang tempat tidur kat kawasan macam tu..


Fotografer yang Gila

Kalau orang dah obses dengan sesuatu kerja, dorang akan buat apa sahaja untuk dapatkan kepuasan dan juga hasil yang menakjubkan. Keselamatan dorang tidak begitu penting bagi dorang, yang pasti kepuasan itu ada. Salah satu bukti seseorang itu obses pada kerjanya boleh kita lihat pada seorang fotografer yang sememangnya mementingkan gambar yang cantik dan menarik. Untuk mendapatkan hasil sebegitu mestila dorang sanggup buat apa je..

1.


Gambar-gambar Tentera yang Lucu 2

Sambungan dari part 1..hehe..


Gambar-gambar Tentera yang Lucu 1

Ramai yang berfikir tentera itu berkait dengan disiplin, berani, sempurna, macho, segak dan sebagainya. Memang most tentera memang macam tu la..tapi tentera itu manusia biasa macam kita jugak, cuma profesion dorang berbeza. Kat sini aku tunjukkan gambar-gambar yang lucu disebabkan gelagat dorang yang kebosanan semasa di kem dan ada juga kemalangan yang melucukan disebabkan oleh mereka..




Gambar-gambar Stadium yang 'Fail'

Apa yang aku boleh cakap, sepandai2 manusia dalam semua bidang..masih ada juga kelemahannya. Kat sini aku tunjukkan kelemahan tersebut. So kesimpulannya, tak ada siapa yang sempurna dalam dunia ni.


liverFOOL..

Wednesday 22 June 2011

9 Manusia yang Mempunyai Kelebihan Luar Biasa: 2 Rakyat Malaysia Tersenarai!

Seperti yang kita tahu memang banyak cerita superhero-superhero seperti Spiderman atau Superman, so dari situ kita didedahkan dengan manusia dengan kebolehan luar biasa tetapi tu just dari segi fiksyen. Tetapi tanpa kita sangka sebenarnya orang dengan kebolehan luar biasa ni memang wujud dalam kehidupan sebenar; kat sini adalah senarai 9 orang yang paling menakjubkan.
1. Danial Timmet: Otak yang menakjubkan



Monday 20 June 2011

Ditindih Semasa Tidur: Mistik atau Sains?

Siapa yang pernah rasa ditindih ketika tidur? Masa tidur korang rasa tak boleh bergerak and rasa mcam ada benda tindih kan? Fenomena ni bukan korang je yang rasa, sebab fenomena ni dialami oleh hampir semua manusia dan fenomena ni dikenali sebagai Sleep Paralysis ataupun lumpuh ketika tidur. Istilah ditindih ni digunakan sebab mangsa tak boleh nak gerakkan anggota badan, hujung jari dan dada terasa berat. Perkara ini berlaku dalam keadaan pesakit separuh sedar di mana kita boleh sedar benda disekeliling kita tapi kita masih 'tidur'. 


Saturday 18 June 2011

Fakta Menarik Tentang Spesis Anjing

Kat dunia ni terdapat spesis anjing yang mempunyai kelasnya tersendiri, ada yang jenis besar, kecik, ganas, pantas, and ada yang perlahan. Kat sini aku tunjukkan spesis anjing yang mempunyai kelasnya yang tersendiri tu..aku bukanlah peminat anjing..aku just share fakta yang bagi aku menarik untuk kita tahu..tak salah kan? Hehe..


1. Spesis anjing tertinggi dan terbesarThe Irish Wolfhound


The Irish Wolfhound dianggap baka tertinggi di antara spesis-spesis anjing dalam dunia anjing, berdasarkan piawaian baka rasminya. Spesis jantan sekurang-kurangnya 32-34 inci tinggimanakala betina hendaklah sekurang-kurangnya 30 inci tinggi.


Friday 17 June 2011

6 Roller Coaster yang Ekstrim

Siapa pernah naik Roller Coaster? Kecut perut tak kalau siapa dah naik tu? Aku rasa apa yang korang naik tu tak cukup ganas and ekstrim walaupun perut korang dah kecut and sampai muntah2..hehe..kat sini aku tunjukkan korang Roller Coaster yang memang lagi ekstrim dari segi bentuk landasannya dan juga ketinggiannya..yang sememangnya meransang adrenalin manusia ni..


6. Nemesis, Alton Towers, England



Manusia Separuh Badan yang Menakjubkan

Peng Shuilin merupakan manusia yang mempunyai nasib yang baik walaupun separuh badannya telah dipotong selepas digilis dengan trak. Setelah dua tahun menjalani rawatan dan pembedahan, pemulihan yang dialami oleh Peng Shuilin dikagumi oleh pakar-pakar perubatan..bagi aku beliau ni memang manusia yang kuat dari segi mental dan fizikal dan tabah walaupun separuh badannya telah dipotong..inilah yang kita perlu pegang, sebesar mana pun dugaan yang kita hadapi..kita perlu hadapi dan hidup ni perlu diteruskan :)


Jalan Raya Paling Lebar di Dunia

Jalan yang plaing lebar dan luas di dunia ni dikenali sebagai 9 de Julio Avenue (bermaksud Avenue 9 Julai  – bersempena of Hari Kemerdekaan Argentina) di Buenos Aires, Argentina. Jalan ini mempunyai tujuh laluan di setiap arah..aku tengok jalan ni memang sesuai nak racing kalau time2 tak ade kereta ni..hehe..


Sony Playstation Portable (PSP) Phone?

Bagi yang kaki game ni mesti pernah main PSP kan? Inovasi Sony dilihat begitu mengkagumkan di atas penciptaan beberapa model PSP yang terbaru seperti PSP Go dan juga Playstation Vita. Namun terdapat pelbagai spekulasi mengenai kewujudan PSP Phone pulak, kalau kita search kat internet banyak design2 yang direka untuk PSP Phone namun tak ada pengesahan yang mana satu yang betul. So kat sini aku tunjuk kan je la mana yang dikatakan PSP Phone yang mungkin real berdasarkan design nya yang cool..hehe..


5 Spesis Haiwan Artik yang Bertukar Warna Ketika Musim Sejuk

Terdapat haiwan yang bertukar warna apabila tiba musim sejuk disebabkan oleh faktor suhu yang sejuk dan juga untuk tujuan penyamaran terutama bagi haiwan yang menjadi mangsa di dalam rantaian makanan bagi habitat si kawasan Artik. Jom kita tengok spesis haiwan yang berubah jadi putih macam salji ni..


1. Musang Artik



Spesis Haiwan Pelik yang Semakin Pupus

1. Solenodon



2. Kakapo

Thursday 16 June 2011

Imej-imej Menarik di Dalam Google Earth

Korang ada tak Google Earth? Kalau tak ada pergi download and install sana..free je! Melainkan korang memang kedekut nak save memori hard disk komputer korang..hehe..seperti yang kita tahu, Google Earth ni adalah software yang membolehkan kita melihat seantero dunia ni melalui satelit..dan terdapat beberapa imej menarik yang boleh kita lihat berdasarkan koordinator sesetengah tempat, tu pun kalau korang ada mata yang tajam la..bukan senang nak cari..tapi tak tahu la sekarang wujud lagi ke tak imej tu..kalau korang rajin korang tengok la sendiri..hehe..


1. Penjaga Badlands, Alberta, Canada (Koordinat Google Earth 50.010083,-110.113006) 


Cokelat Bar Terbesar di Dunia

Cokelat? Siapa yang tak suka? Aku ni dah la antara orang yang gila cokelat..hehe..kalau duit banyak, banyak la aku beli and makan sampai muak. Kat sini aku tunjukkan cokelat bar yang terbesar dan terberat yang pernah dihasilkan oleh manusia. Cokelat ni dihasilkan di Armenia oleh kilang cokelat Grand Candy sempena ulangtahun kilang tu yang ke-10. Berat cokelat ni adalah 4,400 kg bersamaan 4.4 tan! Kereta pun tak berat camni..dan ia mempunyai panjang 224 inci, lebar 110 inci, dan ketebalan 10 inci. Koko cokelat ni diimport dari pengeluar koko terbaik iaitu Ghana. Agak2 korang sampai bila nak habiskan ni? hehe..



Istana-istana yang Tercantik di Dunia

1. Chateau de Chambord, Perancis


10 Perpustakaan Terbesar di Dunia

Buku adalah 'jendela' ilmu pengetahuan dan perpustakaan adalah salah satu tempat yang terbaik untuk membacanya. Dengan buku, kita tahu perkara-perkara baru dan kita boleh merungkai sebuah misteri. Kat planet kita ni, kita boleh menemui beberapa tempat terbaik untuk mencari dan membaca buku. Berikut adalah 10 daripada mereka. Ini adalah senarai perpustakaan terbesar di dunia mengikut bilangan buku yang sampai berjuta-juta jumlahnya..hehe..
1. Perpustakaan Kongress, Washington DC, US: 30 Juta Buku

Wanita Tertinggi di Dunia yang Paling Muda

Wanita ni tak tersenarai di dalam rekod 10 wanita tertinggi di dunia di dalam Wikipedia. Nama wanita ini ialah Elisany Silva atau Elizane Cruz Silva atau Silva da Cruz Elizane (Banyak pulak nama minah ni..hehe..) dan wanita ini berasal dari Ajuruteua iaitu kawasan luar bandar 36km dari bandar Braganca, Para yang terletak di timur laut Brazil dan berusia 16 tahun ketika wanita ini ditemui. 

Ketinggian wanita ketika berdiri ialah 6 kaki 9 inci. Kalau tergolong di dalam top-10 wanita tertinggi di dunia, beliau akan berada di tempat yang ke-8 di belakang wanita dari Thailand iaitu Malee Duangdee yang mempunyai ketinggian 6 kaki 10 inci.



*agak2 korang dia sesuai tak jadi pemain bola keranjang and model? Hehe..




10 Spesis Anjing Paling Berbahaya di Dunia

Tak semua spesis anjing tu boleh dijadikan sebagai kawan manusia, kerana terdapat spesis anjing yang boleh mengancam manusia walaupun ia sudah dijinakkan dari kecil lagi..mana tak sebab dah ada kes kanak-kanak dibaham anjing, pelancong dibaham anjing..baca paper tak? mesti korang ade baca kan kes pasal anjing ni? time kecik anjing2 ni memang la comel, rasa nak peluk je..tapi bila dah besar, muka bengis..kat sini korang boleh lihat 10 spesis anjing yang paling berbahaya dunia ni..


10. Dalmatians



Telefon Bimbit Yang Mempunyai 4 Sim Kad Pertama di Dunia

Selalunya kita jumpa handphone yang ada 2 sim kad je kan? Paling kurang pun korang ade dua handphone sebab korang ade 2 nombor, betul tak? Sebab rata2 sekarang ni semua orang ada 2 atau 3 nombor dalam satu masa sebab lain nombor lain caller ID, kan? So aku rasa macam leceh la sebab nak bawak sampai dua handphone sebab aku pun pernah rasa..hehe..namun disebabkan teknologi yang tak pernah merundum membuatkan wujudnya handphone yang boleh meggunakan 4 sim kad dalam satu masa..pernah jumpa tak? Aku rasa tak pernah kot..hehe..


Handphone ni dikenali sebagai Flying F160 Quad SIM Phone dan amat sesuai untuk business owner, traveler, agen dan sebagainya yang sememangnya tidak cukup dengan hanya memiliki satu caller ID sahaja..harga korang nak tahu berapa? Cuma $75 je atau bersamaan dengan RM262.




*tapi aku tengok mcam buatan China je..hehe..tapi ok ape..4 sim kad tu!